Showing posts with label saye budak grafik. Show all posts
Showing posts with label saye budak grafik. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

I'm Officially the ALUMNI of UiTM. yay!

Assalamualaikum & Hi.


Hari tu iaitu 25. November 2012, saya telah berjaya konvo setelah penat belajar selama beberapa tahun. Sekian. ahak.

Belajar ni letih kau tahu. Nak nak yang kena duduk bertapa kat studio macam course Fine Art tu.. Kadang-kadang sampai takde masa untuk anak bini. bhaha padahal aku tipu je mana ade budak fine art ade anak bini, kalau ade pun mesti diorang feeling-feeling single lalu mengurat budak grafik. eh?

Ok lah malas aku nak cerita pepanjang. Awkward kot lama tak tulis belog. Ni tengah menaip pun kejap-kejap dah rasa mengantuk dan lapar. huhu

By the way, setelah sekian lama tidak menulis belog dan mungkin saja sudah dilupakan.. eh permulaan ayat menagih simpati aku mcm obvious sangat je kan. Takdela.. Sejak habis belajar hari tu kalau tak silap, aku mane ade nk tulis-tulis blog dah. Konon nak fokus carik duit buat pegi travel la kan. konon je laa.. Skali duit tah kemana, travel tah kemana, muka je makin gemok tapi badan kurus kering sebab kerjaholic sangat. konfiden je aku tulis kerjaholic wkaka..

Talking about the convocation, ALHAMDULILLAH :') konvo dah aku ha... With that gorgeous robe and the convocation cap. I am seriously look as handsome as ever. wah! Tapi betul la sebab lecturer aku ade text during the convo time..

"Congrats Ika. Sorry saya xdpt dtg. ada student activity dekat fac. but I'm sure you'll look as handsome as ever in your convo robe. I'm proud of you!" 
Nak nanges terharu kot aku masa tu. tapi bukan a nanges sebab lecturer cakap aku hemsem, sebab still ingat aku walaupun aku slalu lawan ckp dia sebab xnk duduk kat depan masa time class major. padahal dia suruh duduk depan sbb aku rabun wuwuu

Ya Allah.. konvo dah aku kan hee.. Syukur segalanya dipermudahkan.. Tersentuh bila mak abah peluk cakap diorang bangga sangat dengan aku. tapi aku sedih la sebab langsung tak capai target final year degree tu. Tapi takpelah..  dah rejeki aku sampai tahap tu je kan...

Ape pun, terima kasih mak, abah dan semua insan kecintaan dalan hidup saya. wuhuu sedih pulak aku nak cerita tacing-tacing dikala petang begini.. tak pepasal banjir opis. hih..

By the way, I'm a Designer Executive now. Working for one International brand from Istanbul and have a very inspirational boss. ALHAMDULILLAH. Ini semua untuk Mak dengan Abah yang paling dan terpaling disayangi. xoxo

----------------------------------------------------------


"Hello, nama saya Ika hensem. Sejak dah graduate ni isipadu muka saya kelihatan sudah melebihi had. Redhooo.."



Ok bye.




Tuesday, July 17, 2012

Dealing with Life

Assalamualaikum and hi.

It's been a long time since the latest update. I've been struggled by the final project stuff and thesis. Since i am almost done my study (tinggal nak submit thesis je), so I gonna awarding myself to have some beautiful sleep then, to have extra time watching football on youtube, to serve myself a delicious lunch and no more rush while taking bath sebab asyik overslept je. teehee.

Now, yeah I'm kind of having my life back la even bukan seratus peratus. Should stay for another few days here in Shah Alam til the thesis successfully submitted to the lecturer. Rindu betul buah hati kat kampung (mak abah). huu...

As been advised by seniors, I should signing to any company, takyah tunggu sampai result keluar baru nak apply kerja sebab masa tu all fresh graduated student will flocked to competing with each other. Tu yang ada kes lepas 6 bulan grad pun tak kerja-kerja lagi, konon nak rest dulu selepas bertahun membanting tulang empat kerat belajar dengan tekun. Konon je la kan.

Well when it comes to me, yes I do need job tho. Takde makna lah nak rest bagai. Gila kau, kalau tak kerja nanti macam mana nak suping-suping online bhahaha. Ok, talking about job or a career, I'm taking Graphic Design with Corporate Identity as my major and Advertising as minor. But after all, I never wanted to be a graphic designer. I know it sounds weird and wasting. Don't ask why since I don't even know why. Tapi kalau ditakdirkan lepas ni memang aku jadi graphic designer jugak, well I will never regret. Graphic design are fun and kinda cool if you allow yourself to be part of it, tak tipu.

By the way, Ika macam dah plan taknak kerja dulu waktu bulan puasa ni. After Ramadhan leaving then I'll be serioush*t finding job and making money. Ceh, padahal tadi macam emo-emo je bagitahu tak perlu rest lepas graduate lol.


* hui korang tolong la sam-sama doakan la Ika lepas semua subject. azab wei jadi student part 6 ni sampai kadang-kadang rase kalau jadi Justin Bieber tu lagi awesome. parah sangat dah aku ni. memang parah -.-


Btw, walaupun sudah lama menghilangkan diri, Alhamdulillah masih hensem seperti biasa. ahak!

.

Saturday, April 21, 2012

The Weekly RM50 Contest by Corak Design Advertising.

Assalamualaikum...

Gila lama ku tak tulis blog kau tahu. Hari ni aku macam berdukacita sikit lah pastu macam ade rase bosan-bosan sikit pastu macam eh teringat pulak ade blog nama 'Hey Luvika' tu. ceh.

Hari ni aku kecewa gila kat diri sendiri sebab gagal berfikir dengan hebat lalu tak dapat buat assignments. This is hell not cool bila teringat balik lecturer kata kat aku "Ieka, i can see the big potential on you but please. please don't let me see that you're already give up." ...and I was like "Ok sir..lalalaa..."



Aku bajet chill je padahal hati dah tak keruan. Dayum. Ni ni sekarang ni aku tengah work on research la ni. Tapi otak macam bajet good-good je malas nak beri kerjasama. Ni tengah kecewa gila la ni lalu terus sign in blogger, and voila!


Tapi takpe lah. Lupakan sekejap pasal kecewa sedih bagai tu. Duniawi je tu haha. Lemme share something good. Last day Ieka ada lah join satu contest ni. It was conducted by this one team called Corak Design Advertising. 

The CDA tengah buat weekly contest which RM50 to be won every week. First week aku lah antara yang menang *muka angkuh* Excited duh aku menang RM50 hari tu. Boleh buat print assignments. Budak last semester yang takde PTPTN camni la.




Hari ni 21 April, second weekly contest akan bermula semula. Those yang interested boleh la click kat banner  kat atas tu. And then nanti korang baca serta fahamkanlah dia punya T&C. Just Like, Share, Answer some question. That's all. Ape-ape pun good luck fellas! RM50 tuuu.. hihi


CorakDesign
Advertising
"Big Ideas, Small Budget"


okbye!

Sunday, October 30, 2011

Task & Trip.

Assalamualaikum.


Hai korang. Sihat? Ieka sihat. haha. Typical betul soalan. Since Ieka selalu merepek padahal baru nak buat introduction, kali ni Ieka terus cerita je lah. Lagi selamat lah kononnya. puihh.


...Ok lah, hari tu kan, Ieka kena pergi Zoo Melaka untuk buat research tentang signage & graphic environmetal kat tempat tu. Lecture la ni yang suruh. Padahal Ieka malas. Nasib baik jalan dari Shah Alam ke Melaka tak jammed sangat. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan pada hari tu. Macam tak caye je boleh tengok binatang-binatang yang sebelum ni Ieka hanya tengok kat kamus masa darjah 3 tu ala yang ade gambar-gambar tu. Tapi Ieka takde snap gambar sangat pun kat sana. Pergi sebab assignment duh!


Sekarang kan musim hujan so masa kitorang sampai sana dah gerimis pun tapi nasib baik tak hujan lebat. Bila kerja dah siap & on the way pergi makan baru hujan lebat. Nasib baik kerja sempat siap sebelum hujan. ALHAMDULILLAH.


So these are the random picture yang Ieka select secara rawak. Broadband sangat menyampah sebab lembab gila lepastu kena tunggu nk upload gambar lama gila, like foreverrr! haih. gila gila gila.


I was at Zoo Melaka!
Harimau ni macam ular yang pemalas. Dah la tidur atas pokok.
Si kucen hensem...

Si kawan-kawan.
       

 .
.
.
Lepas cuti mid term ni INSYAALLAH Ieka & the team kena stay kat Genting Highland selama 3 hari untuk teruskan kajian tentang graphic environmental kat taman tema tu. Sepatutnya kena pergi Universal Studio Singapore tapi atas sebab-sebab tertentu kami tukar location ke Genting. Nasib baik paperwork & dana UiTM luluskan. heh.


Well it seems & sound awesome la jugak kan sebab macam boleh main-main lepastu jenjalan kat Genting theme park tu lalu bajet macam 'o yeah I'm on a vacation right now, no need to think about those awful assignment so let's have some fun fun fun." padahal pergi sana sebab kena buat kerja, research and stuff. Alahai.


Student dah final year camni la..




Sape rajin & rase Ieka ni takde la annoying sangat sila lah 'like' page Ieka Luvika. No harms. OK bai.


til then, TAKE CARE!
ai lebiyu ailebiyu ailebiyuuuu ^^"

Sunday, July 3, 2011

student graphic yang tak cool.

hai saya adik the fying Thumerlina! (ok ok tak kelakar)

Assalamualaikum.

hey hey heyLuvika-ians! (ceh aku ni dah kenape?) Sudah hari Ahad? ya Ahad, hari malas sedunia. pagi tadi bangun tidur sambil menangis sebab bermimpi buruk (-_-") 

Now what? rasanya hari ni lain sikit. pagi-pagi dah tak terlalu malas dah. Sempat buat sarapan dan sidai baju. . lagi satu hal, pagi-pagi on lappy sebab macam bersemangat nak buat doodle. Ni sebab selalu blogwalking kat Belog Cap Ayam & currently kat blog cik Purple la ni.

Cuba buat dua kali tapi ianya tidak menunjukkan ciri-ciri doodle yang comel? ok, aku putus asa, nak pergi tengok tv lah. hari ahad kan banyak cerita kartun. teehee.

so, korang suka doodle tak? nowadays bloggers macam dilanda wabak doodles kan? Semua orang mahukan doodle. Doodle sangat comel tahu! 

Aku nak buat, tapi aku mane ada Graphic tablet nak lukis doodles tu. kau nak suruh aku lukis guna mouse? gila ke apa. First time jadi student Graphic aku penah kena buat satu character, guna photoshop. masa tu aku mana ada graphic tablet ni, duh! aku guna mouse! nak nagis & rasa dunia tak adil.

First time kena paksa draw character guna MOUSE! kat photoshop & ini hasilnya. . . .  =,=! menakutkan.
ye, saya merupakan seorang student graphic yang tak cool. maksud saya SANGAT TIDAK COOL.

  • So, ada yang nak belikan Ieka graphic tablet? Anyone? Wacom bamboo pun jadi lah. *ehemmm*
  • Ada sape-sape yang bermurah hati nak buatkan Ieka doodle tak? Ieka dah setuju sangat dah. hee

happy Sunday all the cumels! jom belanja Ieka mekdi :)

Friday, June 3, 2011

cerita panjang lebar...

Assalamualaikum.

Kalau nak tahu la kan. . . . . .

Sejarah aku belajar kat UiTM ni mula-mula aku ambik course degree in Fine Art. tu pun macam tak ikhlas je masa aku mula-mula nak jejak kaki kat UiTM. serius -_-!

. . .sebab? 1st choice aku sebenarnya degree in Graphic Design. aku ni dulu macam jakun sikit kalau tengok kartun-kartun 3D kat tv lalu terus berangan-angan satu hari nanti aku akan buat kartun puteri nama dia aku nak bagi Epal Merah Jambu. picisan betul.

tapi tu lah angan-angan sorang budak sekolah tingkatan 3Adnin masa tu. tapi kat sekolah aku tak suka subject Melukis. aku suka subject Bahasa Inggeris. .masa SPM Bahasa Inggeris aku dpt A lepastu cikgu-cikgu pegi basuh aku suruh ambil TESL. aku interested tapi aku apply kat IPTS. bila dapat aku taknak pegi pulak sebab aku rasa aku nak apply Kejuruteraan Mekanikal kat politeknik. tu memang minat aku jugak selain grafik. rasa macam complicated betul hidup.

. . .bila result keluar, yes aku diterima. tapi kat Mukah, Sarawak. mak tengok aku & lepak chill je cakap "takyah! jauh sangat kakcik bukan reti jaga diri. lagi pun buat apa perempuan dok sibuk-sibuk nak main betul-betulkan enjin ni?" terus aku rasa dunia tak adil. . .

. . .seminggu aku merajuk dengan ma abah. hihi. .lepastu abah suruh masuk Form6 je. sekali lagi aku rasa dunia tak adil. (tak habis-habis aku ni) tapi aku layankan je. aku bagitau awal-awal kalau aku try tapi kalau aku tak suka pegi sekolah sila bagi aku masuk kolej or whatsoever. masa tu aku rase pakai baju sekolah lepas habis SPM ni dah tak cool dah. heheh =,="

tapi tu lah, jodoh aku dengan form 6 sangat kuat. ceh! aku berjaya jugak habiskan form6. nak dipendekkan cerita, lepas habis form 6 aku terus apply degree kat UiTM. 1st choice aku Graphic Design. yang 2nd baru la Fine Art. itu pun sebab cikgu paksa, siap bagi pujian melambung cakap aku punya work ade nilai estetika lah, ape lah padahal aku sedar semua itu dusta belaka. haha!  . . .tapi doa cikgu kan, berkat kot. beberapa bulan selepas aku attend temuduga kat faculty of Art & Design, aku terima surat tawaran. yes! yesss! aku dapat Grafik weh! kau adee? haha. . .setiap kali makan, tido semua surat tawaran UiTM sentiasa menemani. . .beberapa hari lepas tu, aku dapat lagi satu surat tawaran. Fine Art pulak (haa lepastu teruslah kau rasa dunia ni tak adil lagi kan kaka? kahkah)

serius terus aku malas nak pergi mendaftar. aku nak kerja je terus kat CIDB. masa tu rasa tak kisah kalau aku jadi penolong pegawai tadbir sampai ke tua. haha. .

Sekarang, aku dah nak masuk semester 5 ijazah Seni Reka Grafik :) struggle kot aku nak minta tukar dari Fine Art ke Graphic. Ketua Program Fine Art tak bagi aku tukar sebab beliau cakap dunia aku memang kat situ. lol. lepas balik class selalu berdoa kepada tuhan supaya encik KP benci kat aku jadi senang kerja aku nak blah dari department Fine Art. keji gila perangai. =,=

but now everything seems clearly ok since i had change to another departmnt, Graphic. my passion! teehee

bila difikirkan balik aku ni banyak songeh betul. kesian mak abah. tapi Alhamdulillah mereka izinkan jalan yang aku pilih sekarang. ala rindu mak abah dah T_T . . malaslah nak cerita lagi. ok bye :')

ape pun, tahun depan kite habis belajar :)



*macam tu aje lah cerita dia. kalau rasa masa korang terbuang secara pukal sebab baca entry ini sorry. hee :')

GoodLuck all the cumels!

Friday, May 20, 2011

INTERNSHIP yang ohsem :)

Assalamualaikum :)

ok rasanye takde sape-sape perasan pun yang aku dah lama tak update belog kan. .ini sangat menyedihkanT_T

FM Production. . .bukan graphic company, tapi production house yang banyak produce documntary or program untuk ASTRO. . kat sini la aku akan meneruskan kehidupan Internship aku selama dua bulan akan datang bersama-sama dua lagi coursemate iaitu Faris & Aqilah dari 16.Mei lepas. maksudnya aku akan kembali berjauhan dengan family semula setelah beberapa minggu jadi anak manje kat rumah ^_^ teehee! . . .tapi tak kesahlah sebab aku kan kental serta kacak bergaya. boleh? hee

korang nak tau ape perkara yang paling aku teruja nak gembar-gemburkan kat korang? aku naik MOTOR weyh pegi office wkaka. . . ibu aku siap gelak guling-guling bila dengar aku nak naik motor pergi praktikal. ye lah sebelum ni kalau aku try bawak motor kat jalan yang lengang pun aku boleh nangis-nangis ketakutan rasa diri seperti telur dihujung tanduk ni kan pulak nak bawak kat tengah-tengah Shah Alam. ok fine -_-! . . .malas nak cerita lagi tentang ini. bosanlah nak cerita lain boleh?

first day praktikal, aku pakai baju kurung ehehe :) 


ini Aqilah a.l\k.a Kak Long


ini Faris.

. . .1st day datang office tunggu big bos & person incharge sebagai penyelia kami during the intern session ni which is encik Yusuf Yahya, big boss department Graphic FM Production. mase tengah tunggu tu aku tengok office lengang semacam je. Rupanya ramai pegi shooting kat pahang buat documnetary tentang FELDA dengan Mawi. akak kerani ofis ni iaitu kak Sue macam tak tau nak suruh kitorang buat ape sebab penyelia kitorang tak datang lagi jadi dia bagi satu idea paling best sampai aku rasa sayang kat kak Sue iaitu pergi MAKAN! (ceh si kurus tak sedar diri) 

Lepas makan kitorang masuk office balik. nak masuk pun kena guna access card -_-" . . kembali duduk kat meja masing-masing dan terus buat muka blur. kasihan. serius lame gila but then ade abang department IT datang cakap "weyh korang silalah surf internet. kat sini ade wifi. tengok youtube ke, layan fesbuk dulu ke. .bos korag tak sampai lagi. kitorang pun neves ni dah lame takde budak internship kat sini" . . .lol


so, macam ni la kehidupan kami hari-hari :) . .sebenarnya dah dapat task. kena design brochure untuk documentary yang pernah disiarkan kat ASTRO OASIS dulu iaitu Alexander Bukan Zulkarnain & Kembara Bumi Suci. these two FMP's product depa nak jual kat overseas. 23rd which is on monday kena present design kat Editor & after that staff production nak bawak kami pergi shooting dengan Mawi WORLD tu :) teehee. .


. . .  . . . . . . . . . .

so, hari ni dah hari jumaat ^^ esok cuti. seminggu dah intern kat FMP ni. one word, BEST! even kadang-kadang bosan sebab idea takde. ye la, as a designer kita kena keep on producing ideas tapi idea tu kadang-kadang takkan datang waktu kite perlukan dia. so most of the time bila aku takde idea nak buat design then kerja aku surf internet je la. . .research. . facebook. .ape-apelah.

ok lah all the cumels, kite dengan KakLong nak pegi tengok tv kat dining room sementara tunggu dak Faris balik dari solat jumaat then pegi lunch same-same.

. . till now, have a nice day guys! ai lebiyu & bubbye!

Thursday, April 28, 2011

Happy Holiday Guys!

Assalamualaikum.

huwaaaaarrghh!! >,<" (pesal tah)

hey! hey! Penat betul, baru turun flight dari United Kingdom ni. phewwh =,=! ok tipu. ehehe.

So guyz, how was you day so far? siang tadi pergi round Presint Alami cari FM Production regarding internship. nasib baik jumpa ^^ ngeh. . ok fine rasanya semua dah setel tinggal tunggu 15 May untuk start practical.

nak bagitau tu je sebenarnya. . .wkaka tiba-tiba rasa diri loser -__-"


well esok dah nak gerak balik kampung. oh emm jayyy!! eksaited menghantui diri. gila kau tak eksaited. lama kot tak jumpa ibu. abah. . .Tica & lain-lain. . . apa pun for those yang still ada exam tu, GOOD LUCK! yang dah balik kampung pulak have a great time. cuti lama kot 4 bulan. make it worth it guys ^^

ok lah nak pegi sambung kemas baju :)


Terima Kasih sudi singgah.
.
.
.
.
.
eh jap! kejap!


. .meh aku nak bagi hangpa iklan pasai BARBICAN sat. mai sini pakat baca ramai-ramai na.


tadi tengah dok mengGOOGLE tiba-tiba terbaca lah satu artikel pasal Barbican ni sbnrnya HARAM, sbb dia kan non-alcoholic beer. if non-alcoholic beer, cara buat ikut proses sama arak biasa cuma diekstrak keluar alkohol pada akhir pembuatan. tp pengekstrakan xdpt dibuat 100%, kandungan sedikitnya pun membawa kepada haram. lebih kurang camtu a cerita dia.


Fatwa dah dikeluarkan (kat UK & US) kata Barbican ni HARAM diminum oleh org islam. Kalau still ragu, kajian scientific mat saleh pun dah kompemkan yg non-alcoholic beer ni masih ada kandungan alcohol meh click sini

* Korang suka Baerbican x? eheh =,="



Allah Almighty knows best.



p/s : peringatan je, apa lagi, banyak lagi air kat Malaysia ni, contohnya air suam.lol



Take Care Korang! ay lebiyu :)


Monday, April 4, 2011

entry laju-laju menggunakan laptop Farish yang bongkak!

Assalamualaikum & hi ^^

saya comel x?




*Bosan gila weyh presentation tak habis lagi. jam berape dah ni?! aku nak siapkan assignment Animation tahu?!!! >,<"

Wednesday, March 30, 2011

takde tajuk.

mood buat kerja sekolah seperti orang hilang akal!!

she's in a VERY BAD CONDITION!!
.
.
.
.
.
.

*lex lu layan School Rumble luu*

. . .oke feels better. teehee!


Thursday, March 10, 2011

Saya Budak Comot Yang Kasihan :(...

Assalamualaikum...

Morning people..yeah, typical Thursday comes again. . & cik luvika terlewat bangun lagi (teehee!). mum gaves me such a luvly wake up call and she was like "ohemjayy kakcik, masih tidur? solat tak tadi? dah sarapan belum? ade class tak hari ni? bla. . bla. . blaa. ."
Chill mum, anak mak yang chumelnya ni tidur lewat semalam :( ya, my bad sebab bangun lewat tapi kakcik still bangun solat subuh, masa mak call mata kakcik dah celik sebenarnye hee, hari ni kakcik takde class & kakcik dah breakfast (masa menaip entry ni la tapi. hihi) air susu suam dengan biskut oreo je.

ok done with it. CAN'T BELIEVE THAT I WAS WOKEN UP WITH THE FIRST THOUGHT IN MY HEAD WAS THE RMD ASSIGNMENT!!!
bangun-bangu je terus "homaigod RMD tak siap lagik" terus pergi cuci muka then preparing for breakfast then sambung dok mengadap lappy *what a life* -_-


hari ni bangun dari tidur rase lain macam lah. . rasa sayu je :( sebab rindu family kot. . or sebab bangun-bangun tengok sorang pun takde kat rumah. haosemate semua ada class sampai petang. . so harusla breakfast sorang-sorang. . nanti tengahari pun masak & makan sendiri. .

ok lah nak sambung buat assignment sambil dengar lagu Jar of Hearts lalu nangis-nangis. .wuhuuu
.
.
.
Maa. . . kakcik rindu :'(

Wednesday, January 26, 2011

Mencuba Menjadi Merajin!

Assalamualaikum.

hey!hey!heyy!!! korang..
gwa tengah cari bahan untuk class adevertising esok tapi susahnyelah ;( ...lalu mata terus rasa seperti dilekatkan berguni-guni peket gula 60kilo. betul tak tipu.
(ayat kasihan sebab macam back up rase malas tanpa rase besalah! tu la tuu. tapi...tak tipu.huu)
.
.
.
.
ok sekarang macam sudah rase bersalah pada diri sendiri je.dem!
(sambil bangun dari katil & terus menggugel website berkaitan Advertising) -_-"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...& terus menggugel...
.
.
.
.
.
.
.
.

ok harus tinggalkan blog ini sekarang & pergi tidur...
(owh maksud saye pegi belajarlah..huhu)
.
.
.

tak ngantuk! tak ngantuk! tak ngantuk!
zzzzzzz....-_-"


Selamat Malam
babai


zzzzzzzzzzz~

Friday, January 14, 2011

ENTRY LAJU-LAJU :)

Assalamualaikum.

As a designer, there are two things you have to think. If you are good they KEEP you, if you are not good they KICK you...

wah! sudah pandai berkata-kata kau ye ika. tampo nak? haha

k lah nak besiap pegi class. babai ^_^