Thursday, April 23, 2015

Mama Dilemma...

Assalamualaikum.

Siapa kat sini working mother? Kuat ke korang nak tempuh 8jam waktu bekerja tu tanpa tengok anak kat depan mata? Aku tak. Setiap pagi before pergi kerja kiss baby lepastu cakap "Byebye baby, mama work. Jumpa petang nanti ok. Be Good. Mama sayang awak sangat-sangat". Lepastu dalam kereta otw to office asyik cakap kat husband "Hmm rindu Zayyan laaa.. Kena pergi kerja ke?".

Ok, aku start tak kerja masa tengah pregnant 3 bulan. Lepastu aku duduk rumah je goyang kaki besarkan badan. Haha memang la badan jadi besar sebab mengandung. Aku jadi gemok kot masa mengandung. Ok skip cerita takde kaitan. Aku kembali bekerja masa baby umur 8 bulan. At first aku bincang dengan husband, dia langsung tak bagi. Jadi untuk membodek beliau, aku pun masak lah sedap-sedap, makan sama-sama dan berbincang. Baru dia benarkan. Itu pun lepas aku cakap kalau aku rasa tak best, aku resign. Senang je nak tackle orang lelaki ni, tackle perut dia sekali. Settle. 

So, December 8. 2014 aku start bekerja sebagai Graphic Desiner (again? Nerd detected!). Gaji aku masa tu RM2,800. Office environment pun best. Waktu kerja flexible. Aku tak pernah stayback balik kerja lambat. Sharp pukul 6 aku dah tercongok tunggu husband datang ambik. Everything goes well, cuma yang aku perasan, selama 4 bulan aku bekerja ni kerja aku bukan hanya buat design je. Ada satu lagi kerja tetap. Kerja dok tenung gambar anak dari pagi ke petang lepastu dok text husband rindu anak rindu anak tak boleh nak buat kerja sebab rindu anak.. I know this is so typical first time mother.

"Zayyan, kiss mama kiss mama" :'D


Jadi cerita yang sebenarnya, esok aku macam nak hantar surat resign lah. Tapi macam kesiannye la hai kat bos sebab dia baik. Kadang-kadang selalu cakap "Ika, bring your baby here. Bawa toys baby simpan la kat bilik you ni I have no problem whit that". Padahal aku selalu kena attend meeting dia dah lupa ke? Kalau aku tengah sibuk design presentation tiba-tiba baby nak nenen cemana? Haha.

Aku buntu. I need to do Istikharah then, and some therapy. I mean, food therapy...


Ok til then, Nerds!

Tuesday, April 21, 2015

YES Abs? NO Abs? Bye bye Abs...

Assalamualaikum & Hi.

Haritu aku solo (takyah nak haritu sangat ah), lepastu aku kahwin, then a year later I gave birth to my handsome son, Muhammad Zayyan Rizq. Lepastu? Perut menggelebeh wkakaka. Ok padahal tak kelakar langsung malah sangat menyedihkan.

So what I did was, tempoh berpantang tu kena pantang betul-betul even there were lots of argument between me and my mak.

"Ika, minum air jamu ni. Habiskan!"
"Ika, sapu ini kat perut. bla bla..."
"Ika, mandi dengan ni..bla bla"
"Ika, makan ni..bla bla bla..."
"Ika! .......bla bla"
(Oh mak I love you so much.)

Confinement period kills me ladies. But for sure worth the pain lah camgitu... A month after giving birth aku dah boleh pakai seluar jeans masa before pregnant kot hee. (I gained 12kg masa pregnant) Tapi.......

...Being a mom, memang buat kau cepat lapar dan haus tahu. Baby pula fully breasfeed. Kalau kat rumah sana sini ada botol air mineral. Bilik, ruang tamu, bilik lagi satu, atas iron board, dapur, you name it. Hujung minggu buat house round sambil bawa bakul kain kosong sebab nak kutip botol air mineral sana sini. Pheww. When it comes to eat behavior, suddenly kau akan jadi dinasor kelaparan. 24/7 makan nom nom nomm.. Rasa bahagia. Lepastu sibuk makan minum makan minum uncontrollable, perut jadi menggelebeh balik.. Even aku ni fast metabolism person which actually a bit hard to gain weight or fat, aku still tak boleh deal with perut buncit. Badan dah kurus balik tapi kalau tak jaga makan senang je perut jadi buncit. Nanti orang tanya kau mengandung lagi ke kau pulak yang touching hahah.

 Diet? No aku tak diet. Kalau aku diet confirm aku akan jadi seorang yang murung dan depressed sebab aku suka makan. Habis tu macamana nak atasi masalah perut buncit ni hoi?

WORKOUT. Yes.

Cardio. Malas nak cakap banyak. Kau first time mom, mesti kau kelam kabut kan. Anak nangis, berak, kencing, nak masak, nak mandikan baby, nak sidai baju...etc. Lari lah kau sana sini, so I consider it as my cardiovascular fat-burning exercises lah hakhak.

Jaga makan. Kurangkan pengambilan lemak, gula, kafein... Alhamdulillah aku bukan penggemar coffee, junk food, soft drink and so... Aku paling suka makan nasi, biskut,buah, sayur dan ayam hehe.

Part yang aku paling suka adalah, Abs workout! Kau ingat orang laki je ke nak ada six pack? Aku pun nak jugak perut macam Megan Fox please.

picture courtesy from Google.

So, that's (picture above) my kind of abs workout for only a couple of month sebab baby Zayyan ni jenis clingy kadang-kadang so susah la mama dia nak dapatkan some self time nk workout..Kecewa. Nak nak sekarang ni Zayyan dah berumur 1 tahun dan masih kuat menyusu. Aku pulak no choice kena lah makan dan minum dengan banyak secukupnya. 

Rutin harian pulak, pagi masuk office pukul 9AM, balik pukul 6PM terus main-main dengan baby, prepare dinner. Bab basuh baju takpe lah husband paling rajin nak tolong. Tengah malam sapu dan mop rumah, kemas dapur, lepastu dah letih terus tido. No more abs workout. Perut pun kalau silap sikit mula lah jadi buncit. Takpe lah, perut buncit, pahala pun buncit sebab berkorban kena makan banyak-banyak sebab baby kuat menyusu. (Cakap je lah kau memang kuat makan sekarang.) haha.



Til then, Nerds!




Thursday, April 16, 2015

After 2 years, I'm back!

Assalamualaikum.

Hello there nerdies! the Nerd is back, after 2 years didn't post any of sheetsssss. ahak! Let start with what? Ok lets do some throwbacks a lil bit. My last post was on February 22. 2013, which was 2 years back lah lebih kurang.

Mase tu, aku single lagi oih.. Now, I am married with one adorable 1 year old son. What do you expect for past 2 years kalau bukan jadi bini orang, pastu eh dah jadi mak orang pulak. haha. This upcoming June 1st 2015 genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami (with Pakwan of course). Anak pulak umur dah setahun. I am the happiest!

Aku ni sibuk sangat ke cemana tah sampai lupa kewujudan blog sendu meratap nasib ni. Only a couple months back aku macam "eh aku macam ada blog, tapi apa link dia eh? eh??". Lepas ingat link blog sendiri, "oih ape pasword blog ni eh? ehh??"...and only 3 days ago aku berusaha keras sket la tengok kat youtube camne nak dapatkan balik forgotten password lah, camne nak hack blog lah.. Adoi la engko Ika oi, memang dasar nerd wkaka..

So this is it, new blog post! and these are some of the memorable pics :)

Biar gambar berbicara....
(padahal malas type caption bhaha)

 










(Sebab aku macam dah tak tau nak tulis apa. ok bye haha)

..til then, Nerds!