Showing posts with label inspired. Show all posts
Showing posts with label inspired. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Syukur.


Assalamualaikum. tadi konon-konon nak tidur lepas sibuk membebel kat entry yang INI. . .bila dah nak sign out tak tahu kenapa tergerak hati nak pergi blogwalking kat blog dak KORIE ni kejap. . .bila baca latest entry dia yang INI,  buat aku menangis. terlalu kecewa dengan diri sendiri. ya ALLAH, tak pandai aku bersyukur. :'(

Bersyukurlah dengan apa yang telah ALLAH pinjamkan kepada kita sekarang. kesihatan, kesenangan, & insan-insan yang menyayangi kita. . .

ALLAH Almighty knows best. Allahuakbar!


p/s : kawan-kawan tolong ingatkan Ieka selalu ya. :(

Friday, June 10, 2011

Confident kat diri sendiri tak kena bayar pun derr!

Assalamualaikum.

Salam sayang penuh keberkatan semua. hari ni hari Jumaat. penghulu segala hari. yang lelaki tu jangan buat-buat tak faham mahupun berpura-pura hilang ingatan sebab malas pergi masjid. aku pijak korang sampai penyek nak? hilang terus hensem kau kalau malas pegi sembahyang jumaat. hensem muka, hensem hati semualah hilang lari bertempiaran kau tahu? haha!

ok ok lex luu tu mukadimah je. . .ni sementara tunggu nak lunch ni bagi aku 2 minit je membebel pasal confident yang kadang-kadang macam benci gila je kat diri aku. ok sape kasihan sila menari tango sekarang!

pernah rasa tak bila korang diberi satu tugas let say kena design web ke, buat montaj ke, animation ke tapi dengan sepantas kilat minda korang langsung taknak beri kerjasama lalu kau terus migrine sebab paksa otak korang berfikir macam zionis. . .bila tak dapat fikirkan idea teruslah kau berdukacita macam takde lagi hari esok malahan siap menyesali kehidupan korang selama ni? (ayat aku ni hiperbola sangat ke? ish)

"sekarang aku rasa macam tu lah" -ieka luvika yang cakap.

except one thing. . .

aku confident cakap aku cantik pakai baju kurung hari ni. haha
. . .walau pun berkening Shin Chan. -_-!


". . .KEEP WORKING GORGEOUS
IN THE END ITS GONNA BE WORTH IT. . ." 



ok lah nak pegi makan. babai.
MAY ALLAH BLESS YOU GUYS!

Thursday, June 9, 2011

Siapa Cumi1569 ??? sila tolong aku culik beliau nanti aku bagi due pocen. hikss ^^

Assalamualaikum & hi. . .

ok ni entry lepas meeting dgn encik Bos. cepat-cepat kembali ke tempat duduk lalu online dengan bersungguh-sungguh tanda protes kena jadi wartawan research untuk dokumentari Biogrphy artis. hewwh ~,~
aku mane kenal Amy Search, Awie sume. .Bruno Mars serta Justin Bieber (kahkah!) aku kenal la hee. . . lex luu! bagi aku bajet kebaratan jap laaa.
takpe-takpe masalah ni sila bawa ke hari esok je, sekarang kite lepak chill dulu. . .korang pun takyah nak tension sangat kot petang-petang ni. macam aku tak tau korang petang-petang kat opis buat ape, buat keje pun mcm ikhlas tak ikhlas je. menaip je lebih tapi mata terkulai layu dah. tah ape yang ditaip..buat orang sekeliling musykil aje. . .tapi ni apesal aku macam annoying gila membebel bersendirian? yela korang kan mengantuk padahal waktu kerja belum habis. kahkah ^___<

. . tu la tu. mukadimah panjang lebar padahal nak cerita benda lain. kesian kot kat korang. haha. ok camni la, just go around the bush. 

Cumi1569!!! 
siapa cumi1569?? . . yang pasti bukan cumi yang ini T_T
.
.
.
.
.
.
.

"haha. . .temen-temen mesti pada bingung nih semuanya. ya tenang donk, 
cumi itu sama aja deh ama sotong cuma tulisannya aja berbeda." hiksss :')


maksud aku CUMI1569 yang ni ye all the cumels!
. . .yang ni. . .
.
.
.
.
.





duh! nak nangis aku dengar dia cover lagu ni. haunted!


sedapnye dia cover lagu ni :')


ini lagu kesukaan aku ni.
terus terperasan kejap beliau sedang nyanyi untuk aku. haha.



kalau korang ni jenis rajin godek-godek YouTube sebab nak cari tutorial chord guitar mesti korang jumpa beliau for sure lah. . .sebenarnye ade banyak lagi tutorial gempakwacakapluderr kat youtube tu tapi si cumi1569 ni lain sket. . .die ni misteri kot. semua video dia misteri. kalau tengok lama-lama mesti ade kuntilanak keluar sergah korang kat skrin lappy ni. ok tipu. hee. .

video cumi1569 ni satu pun tak menampakkan muka dia. yang kite boleh lihat hanyalah jari-jemari dia yang tak ubah seperti sedang menari & menyanyi ^^ (bersungguh-sungguh betul aku ni) . . .yela, kite yang dok sibuk belajar kord-kord guitar dengan dia ni mesti la teringin jugak nak tengok rupa cekgu kita kan. eceh!
aku pun macam tak tau dah nak tulis ape. ni neves la ni. nyampah aku hisshh!


ok bye!


. . .kehkeh. . .ni aku nyanyi. korang ade yang cair tak?
agak-agak cumi1569 nak ajak aku berduet tak? haha!


Have A Great Evening All The Cumels!



Updated! -rupanya INI lah cumi1569! kawan fesbuk saye..heheh ^^

Wednesday, April 6, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk.

Assalamualaikum.

Sebelum ni aku just tau surah Al-Mulk & bila buat assignment aku mesti dengar surah ni tapi aku tak pernah rasa nak cuba hafal padahal hari-hari dengar. . Teruk kan? Padahal surah tu umpama penyelamat paling agung kepada kita umat Islam kat atas muka bumi Allah ni. Ingat lagi one day aku dengan encik BF nak pegi makan, then bukak radio IKIM ade surah ni. encik BF ikut baca sampai habis. aku rasa sayu gila sebab dapat ikut tak sampai separuh. Aku terfikir jugak macamane kalau aku mati masa tu? Aku bukan ada anak-anak lagi untuk doakan aku kat dalam kubur, untuk sedekahkan aku surah AL-Fatihah. Serius aku rasa macam tak berguna langsung. Belajar tinggi-tinggi sibuk dok menghafal nota-nota tapi payanhnya nak hafal Surah. Kau rasa ia hebat ke? T_T Serius tak weyh, kau rasa hidup lagi tak berguna ade la!


*Sayu hati aku tengok dia baca Surah Al Mulk.. tenang je*

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. 
Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 
"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: 
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: 
"Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: 
"Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: 
"Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: 
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk..


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH & BACA
MAY ALLAH BLESS US. Amin.

Sunday, April 3, 2011

Rezeki...

Assalamualaikum.


Manusia memberi makanan kepada binatang 
bermacam-macam cara
adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya,
adakalanya dilonggokan di satu tempat,
adakalanya diletakkan di sebuah bekas,
adakalanya dilemparkan ke mukanya,
adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata.
Pada haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa
yang mereka rasa, bangga mendapat makanan.
Tidak terasa apa-apa,
bagaimana dia diberi makanan.
Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia
bermacam-macam cara,
ada secara bersih, ada secara kotor,
ada secara separuh bersih dan separuh kotor,
ada secara terhormat, ada secara terhina,
ada secara rahmat, ada secara istidraj,
tapi kebanyakan manusia tidak sedar.
Kecuali golongan yang sedikit
yang mata hati terbuka...

sebab itu bukan soal kaya atau miskin,sikit atau banyak,gaji besar atau gaji kecil...dll tapi rezeki yg kita dapat tu ada keberkatannya....walaupun sikit atau kecil tapiianya membuatkan kita MAKIN CINTA & TAKUT pada Allah...kalau banyak atau kita kaya & mewah sekalipun...tapi kita makin jauh dari Allah.....apalah ertinya..

bimbangnya. . .kita termasuk dlam golongan mana satu ?