Showing posts with label Film Review. Show all posts
Showing posts with label Film Review. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Pra-tonton Sumpahan Kum Kum.

Assalamualaikum....kum...kum...

Malam tadi dengan berbekalkan pass masuk 'MIG Online' skali lagi Ieka menghadirkan diri ke majlis pra-tonton filem Sumpahan Kum Kum arahan Bob Hashim lakonan Fezrul Khan, Wawa Zainal, Putri Mardiana, Shima Anuar dan ramai lagi... Well macam tak yah nak membebel sangat la kan. Meh terus nak cerita pasal filem ni. Serious duh! Selama tengok movie tak pernah pulak Ieka menjerit macam orang kena kacau dengan makhluk halus. Nangis aku kat dalam panggung tu T_T

Tapi serious filem Sumpahan Kum Kum ni memang menjadi lah. Satu panggung kot menjerit tanda cemas dan takut. sobsss.. Ape pun tahniah kepada encik pengarah sebab dah sangat-sangat berjaya buat kami semua ketakutan masa drive balik walaupun dari Subang ke Shah Alam ni takde la jauh mana pun. Gila kau dibawaknye hantu si Mila duduk kat seat belakang nak ikut balik baru tau. Habis meroyan sampai tahun depan kau kang. hahah. Masa lalu kat area rumah arwah Mona Fendi kat section 12 tu pun boleh pulak terbayang hantuk mak Tom ade kat situ. Walaupun macam takde kaitan..tapi sedih a camni. mencik! mencik! (lol)

Pagi tadi boleh pulak sengal aku datang masa nak pegi mandi. Kejap-kejap tengok kat dinding..kat siling..lepastu nak keluar bilik air pun bukak pintu pelan-pelan siap intai dulu kat luar. Serius hantu si Mila menghantui hidup aku! Di kokaknye kang perut aku ni hur hur hur.. Alahai..kenape la perangai aku macam ni =.=


Sinopsis:
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada di dalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.


I bet chu this is a MUST SEE film!

_________________________________________________________________

Ramai jugak blogger yang hadir smalam. Ade Nisa, Darkbatman, Yana Yassin, Syafiq Rosli, Ujang, YienYien, akak Pen Merah....ramai lagi lah.

Yang pasti untuk keseluruhan ramai yang rate filem ni 9/10 & 10/10. So what do you guys expect? Untuk semua peminat filem bergenrekan seram tak hingat, this is for you! Filem ni akan released kat cinema on 26 Januari 2012, mark the date! Sure korang impressed! 

Very WELL DONE!!!


More picture will be uploaded HERE.

til then, TAKE CARE!


Mood : Nak pegi SACC Mall shopping buku lagi! heavennyeeee.

Tuesday, January 17, 2012

Pra-tonton KERAMAT.

Assalamualaikum...


Hari tu...Ieka pergi pra tonton filem Keramat. Nisa comel bagi ticket. Padahal nyaris-nyaris tak pergi sebab on the way kat Subang tu tetibe hujan turun dengan bersemangat lalu terlajak drive ke Subang airport. Hampeh je. Lepastu terus masuk Glenmarie and then pergi pusing balik ke Faderal highway. Loser gila. -.-


Sampai je kat MBO Subang Parade, rasenye Ieka la yang paling lambat. Memula jumpa dak YienYien dulu nak p tarik pipi beliau sebab tipu kate tak datang. Yien jahat tapi nasib baik comey hihi. Lepastu terus pegi cari Nisa tapi terpegi ke maja makan pulak. hur hur hur. Seriously Nisa should be awarded Miss always pretty! Nisa ni pakai ape pun cantik je tau.


That day Ieka tak banyak pun snap gambar. Kalau ade pun guna camera Ujang kalau tak silap. Hari tu pun rush dari faculty then singgah rumah kejap & go straight to Subang Parade..tapi sesat ceh. Dalam beg pun mase tu siap bawak design proposal bagai tak sempat nak keluarkan dari beg kah kah! 




________________________________________________________________
KERAMAT menceritakan dua kisah yang berlaku pada tahun berbeza. Pada tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib (Zul) telah dipukul teruk selepas difitnah merosakkan kehormatan Mustika (Diana Amir). Saat dipukul itu, kain yang dipakai selama ini untuk menutup wajahnya telah ditarik oleh orang kampung dan berlakulah satu kejadian dahsyat menyebabkan semua penduduk kampung mati.

Manakala satu kisah yang berlaku di zaman kini mengisahkan kehidupan dua beradik iaitu Nazmir (Zul) dan Nasti (Hairul Azreen) yang dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung isteri Nazmir, Syazura (Rebecca). Sejak itu, seorang demi seorang daripada mereka ditimpa pelbagai kejadian pelik............see more.

_________________________________________________________________

Cerita dia not bad la. Serious seram! Ieka siap makan popcorn dengan perasaan cemas lagi kau tahu! Ada satu scene tu hantu tetibe keluar. Ieka terkejut gila lalu tertelan popcorn. Rase nak nagis sebab kasihan kat diri sendiri. Boleh?
Well cerita Keramat ni best tau. Dia seram tapi still ada part-part yang akan buat sekalian umat yang ada kat dalam panggung tu ketawa. So takde la serious je muka kat macam orang nak jawab exam kat dalam cinema tu. Ieka nak bagi 4/5 bintang!



..and these are the picture. Mase ni semua nak balik dah. Tapi sempat je kau kan nk menumpang populariti artis wkaka :D

Uncle David kacak bergaya!
"Bukan janji tapi pasti" eceh!


Girlfriends!
Curi gambar kat Yien hihi.. Yang baju merah tu Myra, makwe Zack Zukhairi.Cantik kan cantik kan! :)


More picture HERE.


Thanks much uncle David Teo & MIG Online!

Ok cerita dah habis boleh bersurai sekarang.
^__^"
TAKE CARE!

Mood : Tacing dengan diri sendiri sebab takde gambar dengan Nisa cantik.

Friday, June 24, 2011

Announcement!

It's an Awesome Announcement. BE ALERT!


Did you know that J.K Rowling had mention about the big plan to all fans of Harry Potter last week? and yes, I just saw the announcement on YouTube. and yes! YESS! she's planned a Pottermore. Pottermore is a free website that builds an exciting online experience around the reading of the Harry Potter books. Isn't that sounds cool? or it too cool to be sounded? Well, I think these are the awesome plan ever with the awesomeness brilliant idea. I love you J.K Rowling.

So to all Harry Potter lovers, you should browse to this Pottermore wesite and register your email to gain more more and more excitement in Harry Potter world!

i just submitted mine :)




* can't wait even Pottermore will be open to all on October. yeah yeah! be prepared people cuz you will get annoyed with my 'British Accent' more often! MUAHAHAHAH! (demon laugh)

Thursday, June 23, 2011

Amelia Earhart.

*siapa yang ada dvd cerita Amelia sila lah bagi ieka pinjam nanti ieka belanja makan Sushi kat TESCO (je la)

Assalamualaikum & hi

So who've seen this film last two days? well i am sadly can't make it cuz there's no Astro channel here at my house (biasa lah rumah sewa). what a student life =,=!
My boyfriend told me about this amazing film has aired on Astro channel and he has 'frozen' himself in front of the TV til the story end. (he's watching film instead of playing PS3. wow that's pretty cool)

*siapa yang ada dvd cerita Amelia sila lah bagi ieka pinjam nanti ieka belanja makan Sushi kat TESCO (je la). teehee.


Amelia Synopsis :

This film are about tracing the life of famed aviator Amelia Earhart (Hillary Swank) who made history in 1932 by becoming the first woman ever to fly solo across the Atlantic Ocean. The trip made the aviatrix a national well-known celebrity with help from her publicist George Putnam (Richard Gere), whom she fell in love with and eventually married.
Their union was tested, however, as Earhart developed feelings for contemporary Gene Vidal (Ewan McGregor), and the couple's marriage faced the ultimate tragedy years later, as Earhart's fierce independent spirit spurred her to attempt to fly around the world, a venture that infamously shrouded her in mystery, as the pilot simply vanished after crashing into the Pacific Ocean. (what a sad sad story) even sampai sekarang pun sebab-sebab kahilangan Amelia still tak diketahui and there's just many unconfirmed sightings have been reported. . .and many theories abound.  *duh! apesal aku guna font Times New Roman? haha*


*siapa yang ada dvd cerita Amelia sila lah bagi ieka pinjam nanti ieka belanja makan Sushi kat TESCO (je la). teehee.

"As soon as we left the ground I knew I myself had to fly!" 

-Amelia Earhart.




*siapa yang ada dvd cerita Amelia sila lah bagi ieka pinjam nanti ieka belanja makan Sushi kat TESCO (je la). hahahahahahahaha!!!

Wednesday, June 8, 2011

Vikingdom!

Assalamualaikum.

hey hey all the cumels korang dah pernah dengar Vikingdom ke belum? kalau belum meh aku explain sat. Vikingdom ni merupakan sejenis tumbuhan berwarna merah jambu yang mampu mengeluarkan bau yang seakan-akan wangian Carolina Herrera. ok tipu hee -_-"

Vikingdom yang sebetulnya merupakan satu lagi filem epik terbaru oleh trio adik beradik paling kachak bergaya kat atas bumi ni. ce teka? ce teka? . . . eleh takyah lah satgi korang jawab Jonas Brothers habislah aku serba salah nak jawab. ape aku merepek ni?

KRU

lepas kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studio bakal menghasilkan filem terbaru antarabangsanya yang menampilkan penggunaan bahasa Inggeris 100 peratus berjudul, Vikingdom. . . .apesal ayat aku macam nak buat thriller? ini gila!

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim bagitau, idea meneruskan penghasilan filem terbaru itu timbul sejak 2007. Mempertaruhkan genre filem hampir sama, filem arahan Yusry Abdul Halim itu menggunakan teknologi 3D stereoscopic seperti filem aksi, 300 dan Avatar. pehh peehhh >,

Dari ape yang aku baca kat paper sebelum ni pihak KRU Studios akan menampilkan barisan pelakon antarabangsa tapi takde la sampai nak ambil Tom Cruise ke Brad Pitt ke memang tak la. . .depa pun ade buat kira-kira bajet bhai.

. . .tapi kan! tapi kaann!! . . .tadi aku ade view kat FP Vikingdom ni! guess what people?! Dom inic Purcell joins cast of Vikingdom!! aku peminat Prison Break kot nak nangis dah ni sebab terharu walaupun takde kena-mengena wuhuuu T_T. . .
Tapi jadi or tak die berlakon dalam filem tu aku pun tak pasti lah jadi korang pegi tanya abg Norman KRU tu. sekian.
owh abg Dominic. . .kau buat aku makan tak lalu tido tak lena tahu?




ok lah nak pegi lunch.
(padahal tadi baru keuar statement makan tak lalu bagai) ceh!




current mode : Migraine trok membunuh oh no