Tuesday, July 12, 2011

Internship session dah habis! Tak tau nak buat ape...

Assalamualaikum & Heya!

Hari ni terasa sangat lengang. Bukan lengang yang macam jalan kat KL time perhimpunan Bersih tu. bukan bukan. Ni lengang yang membahagiakan. Semalam last day Internship. Jadi hari ni boleh tidur lepas solat subuh lalu bangun jam doblas. haha.

Ok first thing first. Packing barang. Esok nak balik kampung. Ianya adalah perkara paling awesome sebab kampung saya sangat best! ada sawah & petang-petang ada burung berkicauan & terbang riang.

Hari ni? Nak pergi event kat Galeri Shah Alam. Ada  Majlis Perasmian PAMERAN TERBUKA 2011 jam 3.30pm nanti.

GALERI SHAH ALAM ni dekat je dengan rumah Ieka.
Jalan sambil makan cekedis pastu tau-tau dah sampai. heh


Anda bosan? Tiada teman untuk bersembang? tapi ON CHAT dan hantar ke 795967#^767 bla...bla...bla...


Spoil the mood je bila dapat SMS tersebut dikala mahu mengupdate belog dengan bersemangat. Menyampah aku. (Ehem ehemm) So, korang yang still ada kat Shah Alam & tak tahu nak buat apa hari ni jom la ikut Ieka pergi GSA. Lepas event habis meh Ieka bawak pergi naik bot pusing satu tasik Shah Alam tu.

Kononnya hari ni nak pergi Time Square sebab nak habiskan duit elaun praktikal dengan membeli barang-barang berfaedah seperti, baju baru, sneakers baru, seluar baru, atau pun beg baru (oh la laaa) tapi apa kan daya, event kat Galeri Shah Alam tu lebih penting sebab artwork kawan-kawan akan dipamerkan disitu jadi harus datang untuk memberikan support lantas menjadi contoh-contoh teladan kepada anak-anak muda yang lain walaupun macam takde motif. 


Bercakap pasal perkara takde motif ni, meh Ieka nak share gambar takde motif yang Ieka snap tadi :-

 ini gelang yang Ieka beli RM7 je. 
beli sebab ianya comel macam gula-gula. tapi sebenarnya takde motif pun.


ini kaki si pemalas...nak bangun tidur & nak pergi dapur pun malas buka stokin.
Terus pakai sandle.
Ianya kelihatan pelik & menakutkan.


Hi, meet my poor sneakers! Sudah 2 bulan tak di cuci. kasihan kau encik sneakers.
Ok takde motif.


Membajet ini paling kacak bergaya walaupun jelas kelihatan kehidupan yang huru hara disitu.
Motif???




Ok lah nak pergi mandi bersiap & lunch. Lepastu nak pergi Geleri Shah Alam. Jumpa di sana ~,~ Maaf le, entry manusia kebosanan camnila. . .macam takde life. kahkah. Ok bye.



Have A Nice Day!

6 comments:

  1. gembira x gembira sangat la shawn..haa.. ;p
    shah alam sangt busan.

    ReplyDelete
  2. alar..akk g tak ajak pun.

    nangis satu baldi.. :(

    ReplyDelete
  3. alolo yien cumel da majuk...ala geleri shah alam tu depan umah je dik. yien syg keje kn ari ni..

    ReplyDelete
  4. xde la Mya..kite suka smua warna..heee ;)

    ReplyDelete