Friday, May 27, 2011

KAHWIN MUDA? ehehehe ^_^

Assalamualaikum.

Ok ni dah malam ni sepatutnya aku kena mengadap lappy sebab ade design yang harus disiapkan. disebabkan aku balik dari office tadi pun dah jam 8 malam sebab nak siapkan edit promo web ads for WARUNG KITA (astro). terketaq-ketaq jugak la nak guna final cut pro tu almaklumlah aku bukan pro mana -_-". . tapi nasib kerja dah setel jadi malam ni aku kena tidur awal nanti migraine hee.

tadi pergi makan dengan kawan internship. tiba-tiba terkeluar la satu isu ni. "KAHWIN MUDA / AWAL" eceh! aku ni dah kenapa tah?

ala tapi bukan perbualan yang serius pun, cuma bertukar-tukar pendapat. . .tapi kan, bila fikir balik  tiba-tiba aku rase macam naluri keibuan (puiii) aku bagitau yang aku pun bakal kahwin awal. (LOL). . ni lagi satu hal dah kenape tah =,="

tapi kan. . .bagus kot kahwin awal. apesal? kau rasa bila dah 'kapel-kapel' ni pastu dok jalan keluar pi sana sini tu cool ke? langsung tak! mak aku pun siap perli-perli weh T_T
aku pun ada jugak keluar pi sana sini tapi kena ingat ada je mata-mata dok pandang pastu nanti kalau 'slack' sikit habeslah nama kau dicanang sana-sini macam kau artis paling popular jatuh terguling-guling ketika pergi tengok konsert Justin Bieber lepastu takde sape hiraukan then keluar kat paper keesokan hari. lepastu malu tutup muka sambil nangis-nangis. lame.


ye aku tau semua benda ade pro & contra kan? kalau cerita pasal nak kawin awal mensti ade je kang yang sibuk dok fikir "ha tu mesti beliau dah gatal sangat la tu" tak pun "eh dia tu mesti dah buat bukan-bukan lalu harus kawhin cepat-cepat.lol" . . .lagi ape lagi? minda orang kita tak boleh nak sangkal kan. 


Rasulullah telah bersabda ;
Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya[HR Al-Bukhari]

kalau lah aku ni dah cukup ilmu didada & semualah. . . rasenye habis belajar ni aku terus kahwin hihi. (nak propose encik pasangan boleh? hee) kahkah macam obvious sangat je aku gatal nak kahwin cepat. . .ok bergurau.

serius aku ni bukan jenis orang yang boleh hidup sendiri. yep, aku boleh hidup berdikari tapi kadang-kadang je. teehee. . . anak manja? eleh, gwa tak kesah der. . . sume orang pakat panggil aku anak manja T_T aku tacing la jugak kadang-kadang tapi nak buat macamane weh, dah memang aku macam ni. . .sedih je kat diri sendiri. paling aku rasa loser bila kalau ade orang jaga aku baru aku rasa selamat. . habis dengan diri sendiri pun kau tak rase selamat ke cik ika oi? ROFLMAO -_-!


. . . jadi, boleh tak saye kahwin awal? teehee! :)



 Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]
Ok lah lain kali sambung cerita. mengantuk. Selamat Malam all the cumels! bye (^_')v

4 comments: