Tuesday, April 21, 2015

YES Abs? NO Abs? Bye bye Abs...

Assalamualaikum & Hi.

Haritu aku solo (takyah nak haritu sangat ah), lepastu aku kahwin, then a year later I gave birth to my handsome son, Muhammad Zayyan Rizq. Lepastu? Perut menggelebeh wkakaka. Ok padahal tak kelakar langsung malah sangat menyedihkan.

So what I did was, tempoh berpantang tu kena pantang betul-betul even there were lots of argument between me and my mak.

"Ika, minum air jamu ni. Habiskan!"
"Ika, sapu ini kat perut. bla bla..."
"Ika, mandi dengan ni..bla bla"
"Ika, makan ni..bla bla bla..."
"Ika! .......bla bla"
(Oh mak I love you so much.)

Confinement period kills me ladies. But for sure worth the pain lah camgitu... A month after giving birth aku dah boleh pakai seluar jeans masa before pregnant kot hee. (I gained 12kg masa pregnant) Tapi.......

...Being a mom, memang buat kau cepat lapar dan haus tahu. Baby pula fully breasfeed. Kalau kat rumah sana sini ada botol air mineral. Bilik, ruang tamu, bilik lagi satu, atas iron board, dapur, you name it. Hujung minggu buat house round sambil bawa bakul kain kosong sebab nak kutip botol air mineral sana sini. Pheww. When it comes to eat behavior, suddenly kau akan jadi dinasor kelaparan. 24/7 makan nom nom nomm.. Rasa bahagia. Lepastu sibuk makan minum makan minum uncontrollable, perut jadi menggelebeh balik.. Even aku ni fast metabolism person which actually a bit hard to gain weight or fat, aku still tak boleh deal with perut buncit. Badan dah kurus balik tapi kalau tak jaga makan senang je perut jadi buncit. Nanti orang tanya kau mengandung lagi ke kau pulak yang touching hahah.

 Diet? No aku tak diet. Kalau aku diet confirm aku akan jadi seorang yang murung dan depressed sebab aku suka makan. Habis tu macamana nak atasi masalah perut buncit ni hoi?

WORKOUT. Yes.

Cardio. Malas nak cakap banyak. Kau first time mom, mesti kau kelam kabut kan. Anak nangis, berak, kencing, nak masak, nak mandikan baby, nak sidai baju...etc. Lari lah kau sana sini, so I consider it as my cardiovascular fat-burning exercises lah hakhak.

Jaga makan. Kurangkan pengambilan lemak, gula, kafein... Alhamdulillah aku bukan penggemar coffee, junk food, soft drink and so... Aku paling suka makan nasi, biskut,buah, sayur dan ayam hehe.

Part yang aku paling suka adalah, Abs workout! Kau ingat orang laki je ke nak ada six pack? Aku pun nak jugak perut macam Megan Fox please.

picture courtesy from Google.

So, that's (picture above) my kind of abs workout for only a couple of month sebab baby Zayyan ni jenis clingy kadang-kadang so susah la mama dia nak dapatkan some self time nk workout..Kecewa. Nak nak sekarang ni Zayyan dah berumur 1 tahun dan masih kuat menyusu. Aku pulak no choice kena lah makan dan minum dengan banyak secukupnya. 

Rutin harian pulak, pagi masuk office pukul 9AM, balik pukul 6PM terus main-main dengan baby, prepare dinner. Bab basuh baju takpe lah husband paling rajin nak tolong. Tengah malam sapu dan mop rumah, kemas dapur, lepastu dah letih terus tido. No more abs workout. Perut pun kalau silap sikit mula lah jadi buncit. Takpe lah, perut buncit, pahala pun buncit sebab berkorban kena makan banyak-banyak sebab baby kuat menyusu. (Cakap je lah kau memang kuat makan sekarang.) haha.



Til then, Nerds!




Thursday, April 16, 2015

After 2 years, I'm back!

Assalamualaikum.

Hello there nerdies! the Nerd is back, after 2 years didn't post any of sheetsssss. ahak! Let start with what? Ok lets do some throwbacks a lil bit. My last post was on February 22. 2013, which was 2 years back lah lebih kurang.

Mase tu, aku single lagi oih.. Now, I am married with one adorable 1 year old son. What do you expect for past 2 years kalau bukan jadi bini orang, pastu eh dah jadi mak orang pulak. haha. This upcoming June 1st 2015 genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami (with Pakwan of course). Anak pulak umur dah setahun. I am the happiest!

Aku ni sibuk sangat ke cemana tah sampai lupa kewujudan blog sendu meratap nasib ni. Only a couple months back aku macam "eh aku macam ada blog, tapi apa link dia eh? eh??". Lepas ingat link blog sendiri, "oih ape pasword blog ni eh? ehh??"...and only 3 days ago aku berusaha keras sket la tengok kat youtube camne nak dapatkan balik forgotten password lah, camne nak hack blog lah.. Adoi la engko Ika oi, memang dasar nerd wkaka..

So this is it, new blog post! and these are some of the memorable pics :)

Biar gambar berbicara....
(padahal malas type caption bhaha)

 










(Sebab aku macam dah tak tau nak tulis apa. ok bye haha)

..til then, Nerds!

Friday, February 22, 2013

Cik Serabut...

Assalamualaikum...

Hello and it's Friday, February 22nd 2013 dan apehal aku rasa extra malas dan serabut ni? Padahal semalam sudah berjanji kepada diri sendiri supaya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Hari ni masuk opis, pergi pantry breakfast nasi lemak lauk ayam rendang (sedap gila bak hang! kekeke) terus lupa dengan perjanjian kepada diri sendiri tempoh hari. Haih, kenapa la sikap aku ni kadang-kadang sangat mengecewakan?

Hari ni Jumaat, jadi esok adalah hari Sabtu. Esok kena paksa pergi kursus kawen (ihik) oleh emak dan diketuai Pakwan. Comel je pakwan ni ajak pegi kursus kahwin dikala  lagi beberapa bulan akan menjadi suami dan isteri. Eh malu pulak tercakap tertulis ayat sebegitu wkaka

By the way, lama x update blog. padahal banyak attend event. Dengan HISHOP, MIG, Karangkraf, Hijabista, dan banyak lagi... Banyak pergi event jadi bermakna haruslah kerap mengupdate blog bukan? Dem apehal ayat aku bajet good-good je ni. Maaf lah, bergurau je tadi tu. Pang! (Kena tampar tanpa disedari). 

Sekarang ni, masa macam makin limited je. Buat kerja semua tak sempat. Eh tulis belog sempat pulak kau kan! Pergi kerja, lepastu tetibe je dah waktu balik.. Even aku slalu balik kerja lewat pun rasa masa sangat pendek. Mungkin sebab banyak kerja, tapi aku rasa still considered lagi la sebab aku selesa dengan kerja sekarang. Mungkin time management aku tak betul. Tak pun mungkin disebabkan otak seorang designer ni kadang-kadang hanya berfungsi diwaktu-waktu akhir dimana tarikh work dateline semakin hampir. Mase tu la kau nak datang sekampung kan cik Idea oi.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, bile la mase aku nak spent dengan mak abah ni? Bile la nak buat preparation kawin? Bila nak pergi survey barang-barang hantaran ni? Pelamin? Baju? Lagi ape tah lagi..? Amagaaaaad!!!

Serabut kepala aku hoi, Kulit muka si Tunang yang semakin gelap sebab harus kerap berada di construction site pun buat aku serabut. Padahal beliau chill je... Aku siap belikan set penjagaan wajah kekeke. Eh ke sebab aku ni je yang kemain lebih-lebih nak serabut bagai lalu masa terbuang begitu sahaja. Macam ye, macam tak...eh suka hati la kan :p

Camni lah, aku nak berjanji dengan diri sendiri lagi sekali boleh? Nak berjanji untuk meluangkan masa pergi jumpa tailor, esok! Tak pun pergi survey barang hantaran. Aku nak kasut Converse baru! Pakwan nak PS4 (Padahal tak keluar lagi kan?) ...Tapi kurus kahwin habis jam berape pun kitorang tak tahu? Dem.



Till then, take care! Wassalam...