Tuesday, January 24, 2012

Si Kakcik yang Kasihan.

Assalamualaikum.

Hai hai. Camne cuti korang? Me is good. teehee... Siang tadi masa tengah sibuk kat dapur dengan mak, tetibe mak tersenyum dan bergelak secara senyap-senyap. Ok fine ini adalah petanda mak akan bercerita tentang anak-anak mak yang cecomel masa kecik-kecik. Tahu dah. Dari dulu sampai sekarang mak slalu cerita tentang kami empat beradik masa kecik. Mak so comel sebab ingat banyak cerita pasal kami dari kecik sampai sekarang.

Mak tanya, "Ingat tak dulu kakcik slalu tanya 'Mak, kenapa kakcik hitam? Kakak tu putih?' Puas mak nak pujuk." ...uih, serious ke ni? Macam tak pernah cakap je. Bile tah. Padahal betul tak ingat langsung.

Lepastu mak bagitahu lagi, Amier abang Ieka tu slalu tanya mak "Mak kenapa mata Ieka besar?" (tak tahu lah beliau ingat ini ke tidak) -_- Huh... tetibe terfikir adekah mase kecik dulu aku sering kali dijadikan bahan ketawa oleh mereka-mereka yang seringkali  mempersoalkan tahap kecomelanku yang tak seberapa? Ceh ayat aku kemain ha :D

Ok then mak tunjuk gambar Ieka masa kecik yang ni...

...ha yang ni la :')

Seraya hati ku berbisik. Not bad la kan muka putih je takde la hitam sangat. hihih. Skali mak bersuara, "Masa ni mak bagi bedak tebal-tebal. Tu yang kontra betul dengan kaki tu."


...ya, ayat tersebut sangat menusuk ke jantung lalu berasa ingin terpengsan.
drama betul =.='

Ieka tanya mak, "Abes mak cakap apa nak pujuk kakcik? Siyes tak ingat ni. hehe" Mak senyum & cakap " Mak kate Kakcik ni hitam-hitam pun ade yang lebih. Kakak putih tapi tetap yang yg kurang. Sama rata lah tu."

...Tersenyum sampai ke belakang kepala aku bila mak cakap "Tengok sekarang ni pun dah makin cantik dah ni. Dulu masa kecik asyik main kat luar rumah je. Panas-panas terik pulak tu. Hitam sampai nampak mata je. Hidung mulut semua hilang."

...hehe..heee...hee...hehe.. err tak tahu nak cakap ape dah okbai. (sambil hidong kembang setaman)
__________________________________________

Well it's been a long long time... Miss the old days much. Sekarang masing-masing dah besar. Ieka punya study tinggal satu sem je lagi. Lepastu boleh kerja & bawak mak abah jenjalan kat Bali. May ALLAH bless you Mak & Abah. Semoga dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yang baik. Amin...



Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku...
Amin Ya Rabbul Alamin..



Terima kasih sudi baca
TAKE CARE!


Ish rindu pulak kat mak dengan abah :')
*Padahal mak abah kat ruang tamu tu je pun tengah tengok sinetron. Rindu rindu, eceh!

6 comments:

  1. salam kenal dan dofollow sini..

    akak x da adik beradik pompuan,.. semua lelaki so akak le permata hati mak akak (ya ke) tapi yg pasti adik2 akak sumer tinggi2 dan ensem2,.. akak sorang je kata mak ikut abah akak, terbantut sikit dan dempol.. isshhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam haikak :) thanks ya :)

      ieka ni pulak tinggi pastu kurus kemain T_T
      xpe la akak.. yang penting inner beauty kan? hee :))

      Delete
  2. salam singgah, sesuatu yg menarik bila dikenagkan kisah lalu..ia membuat kita sering mengingatkan kemabli kasih sayang mereka (ibubapa), disebalik kekurangan itu terselit kelebihan yg mungkin tiada pada org lain...setiasa mensyukuri nikmat NYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan :')
      dari kitorang kecik sampai skrg mak suke sngt bercerita pasal anak2...
      kadang2 anak2 mak yg memasing umur dh 20-an ni sume dok depan mak sbb nk dgr mak bercerita... mak punya lah galak bercerita, kami sume gelak nk pecah perut..lepas tu dh letih sume kena pegi tido..hihih

      Delete
  3. heheh...mak2 mmg mcm tu...selalu igt cerita2 lame yg kte tak hengat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. mak so comel sbb ingt je smua :')))

      Delete