Thursday, January 19, 2012

Pra-tonton Sumpahan Kum Kum.

Assalamualaikum....kum...kum...

Malam tadi dengan berbekalkan pass masuk 'MIG Online' skali lagi Ieka menghadirkan diri ke majlis pra-tonton filem Sumpahan Kum Kum arahan Bob Hashim lakonan Fezrul Khan, Wawa Zainal, Putri Mardiana, Shima Anuar dan ramai lagi... Well macam tak yah nak membebel sangat la kan. Meh terus nak cerita pasal filem ni. Serious duh! Selama tengok movie tak pernah pulak Ieka menjerit macam orang kena kacau dengan makhluk halus. Nangis aku kat dalam panggung tu T_T

Tapi serious filem Sumpahan Kum Kum ni memang menjadi lah. Satu panggung kot menjerit tanda cemas dan takut. sobsss.. Ape pun tahniah kepada encik pengarah sebab dah sangat-sangat berjaya buat kami semua ketakutan masa drive balik walaupun dari Subang ke Shah Alam ni takde la jauh mana pun. Gila kau dibawaknye hantu si Mila duduk kat seat belakang nak ikut balik baru tau. Habis meroyan sampai tahun depan kau kang. hahah. Masa lalu kat area rumah arwah Mona Fendi kat section 12 tu pun boleh pulak terbayang hantuk mak Tom ade kat situ. Walaupun macam takde kaitan..tapi sedih a camni. mencik! mencik! (lol)

Pagi tadi boleh pulak sengal aku datang masa nak pegi mandi. Kejap-kejap tengok kat dinding..kat siling..lepastu nak keluar bilik air pun bukak pintu pelan-pelan siap intai dulu kat luar. Serius hantu si Mila menghantui hidup aku! Di kokaknye kang perut aku ni hur hur hur.. Alahai..kenape la perangai aku macam ni =.=


Sinopsis:
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada di dalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.


I bet chu this is a MUST SEE film!

_________________________________________________________________

Ramai jugak blogger yang hadir smalam. Ade Nisa, Darkbatman, Yana Yassin, Syafiq Rosli, Ujang, YienYien, akak Pen Merah....ramai lagi lah.

Yang pasti untuk keseluruhan ramai yang rate filem ni 9/10 & 10/10. So what do you guys expect? Untuk semua peminat filem bergenrekan seram tak hingat, this is for you! Filem ni akan released kat cinema on 26 Januari 2012, mark the date! Sure korang impressed! 

Very WELL DONE!!!


More picture will be uploaded HERE.

til then, TAKE CARE!


Mood : Nak pegi SACC Mall shopping buku lagi! heavennyeeee.

6 comments:

  1. akk tak tgk pun cerita hantu..
    akk tutup mata jer sampai habis cerita..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala yien ni...akak tgok dari celah jari jemari la..wuwuuu :'D

      Delete
  2. kaka jgn lah jadi hantu. hehehe :p


    0Rg AmPaNg! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh.. encik Anon si Org Ampang kembali! haha
      no worries. klu kaka jadi hantu nnt abesla hantu2 yg sedia ada sume nk benti jadi hantu wkakaka :D

      Delete