Monday, January 9, 2012

Gempak Starz Comic Fest...2011

...lol it's 3.20am & aku tak boleh tidoq ni pasaipa? T_T

Assalamualaikum...


Halo, lame tak update. Tengok page Blogger ni still same je tak macam si fesbuk tu sibuk nak tukar timeline jadah. Emo betul aku.
tetibe je...

Ehemm... Hari tu, pergi Sungei Wang teman housemate pergi event Gempak Starz comic fest. Kawan Ieka ni nama dia Mai, Mai kata die nak pergi event tu sebab nak kumpul bahan untuk dia punya final project. Ok fine =.=


Ieka pulak macam malas la jugak nak pergi. Konon tak suka kat tempat-tempat crowded ni. At last Mai rasuah Ieka nanti die blanja Ieka nak makan ape pun boleh, terus la aku semangat kemain. cess.


Masa sampai sana event dah start lama dah kot sebab masa tu tengah nak announce best cosplayer ke ape ntah. Masa tengah jalan skali dapat mesej dari abang, "oit, jalan depan aku tak pandang langsung. takut kantoi merayap kat KL le tu" huh?? Sedih je rasa abang sendiri masih tak alert adik dia sorang ni kan OKU, rabun yang maha hebat. kuikui... Abang Ieka memang dah lama join cosplayer. Memang dah agak awal-awal dah mesti terserempak dengan beliau. haha..Tak tau lah sampai bila dia join cosplayer. Dah kawin nanti benti la kot beliau dari menjadi cosplayer terhebat di abad 56743 masihi. ok aku merepek.


amboi ha abang aku... tak tau lah celah mana dia nak bernafas tu. haih.. Tapi costume ni dia design & buat sendiri kot. Terbaik! Buatkan costume Sakura pls. hihih

Masa ni Ieka baru je sampai. MC tengah nak announce pemenang untuk best costume. Ieka bajet yang dok posing maut pakai baju nurse penuh darah tu la. Serious dia posing gitu tak ubah-ubah. Lama kot... -.-

This guy dapat 2nd place best costume. Dia bercakap lama gila tau. Now cuba korang usya gambar 'nurse' kat belakang tu... Whattt??? =.=''

Ok fine, Super Mario adalah pemenang. Kakak nurse yang baju darah-darah serta berposing secara konsisten tak menang. T_T

haha.. dah kenape la aku pegi edit gamba ni jadi gini. ces.. Ini kawan abang Ieka, nama dia Adlisyah kot. Baru kenal kat event ni padahal friend kat fesbuk. lol

Ini lah Mai dengan boyfriend beliau. hihih. Berbunga-bunga la hati Mai kalau ini adalah boyfriend beliau secara serius. (hensem mamat ni, dh la baik .hee)

Ini adalah Ieka. Ala budak yang mengalami penurunan berat badan secara mendadak tu la. uhuk
(sila jangan bercakap tentang berat badan buat mase ni. Panggil aku si kurus lagi tak boleh nanti aku mood swing tetibe macam orang period baru tahu.)

haishh! -.-

Tak tau lah cosplayer sorang ni dia memang nak posing gitu ke dia tak larat bawak pedang... ntah la. huu
sapa yang over dengan bersemangat dalam gambar ni pun aku tak tau la =.="

Zint! Mai's favourite.

Zint's prop.

Mai senyum lebar tapi Zint macam malas nak layan. wek :p

My favorite!

Kaoru tercomels!

Masa tengok dia buat artwork tu slambe je tanye kawan sebelah, "Sape ni?"  Ini si kartunis Puyoh. Siyes ingatkan kartunis Puyoh adalah seorang warganegara mesia yang bebangsa melayu. Cina rupenye. Hebat dia ni. Bercucuran air mata si Puyoh menangis sebab sedih orang tak kenal beliau. tipu je.

Puyoh masterpieces. Awesomeness! 

 Who knows Fakhrul Anour? Kalau tak kenal korang  mmg tak hensem a. Seriously Ieka minat gila kot Fakhrul Anour...tapi tak dapat jumpa dia pun. sedih a ;(

F.A's sketches. rase cam nk amek je hihi.

eceh! kusyuk kemain haaa... F.A's!

ehee candid! kacau Mai nak snap gambar prop untuk dia punya artwork reference. hur hur hur

Ok masa ni hati tengah bahagia sebab dapat banyak barang-barang free from Gempak Starz.

 bla...bla...bla.... dah malas nak tulis caption.







Nways, tak lama mana pun kitorang kat event tu. Dalam 3 atau 4 jam je rasanya. Lepas snap gambar untuk Mai punya work references then kitorang pergi makan. Ieka paling baahagia la kalau cakap pasal makan. Mai sangat baik hati sebab dia belanja Ieka makan tiga kali padahal Ieka tak kesah pun pasal nak temankan dia ni. Maybe Mai berasa serba salah lalu terfikirkan hobi masa lapang Ieka iaitu makan tak sudah-sudah. Mai Mai... hang toksah lagu tu pun takpa... hang masak untuk aku sebulan pun dah ok sangat dah. haha.


See this! Ini lah antara barang-barang free yang Ieka dapat. Kira tak rugi lah pergi temankan Mai. Tell me man, who on earth yang tak suka free stuff? Tell meh tell meh!



Ok lah nak pergi kacau Mai buat thesis sampai beliau merajuk. okbai.




Thanks sudi singgah. Take Care!


Mood : LAPAR la. wuwuu...

6 comments:

  1. oh my..oh my.. you dapat jumpa my fav komikus - zint and kouru... oh! sgt jeles tak terhingga!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala xyah jeles la. ihik ;)
      nnt kalau ade event lagi awk pegi k siti :)
      ieka pun suka kaoru. die sngt comel & pemalu... & comel. hihi

      Delete
  2. PENCINTA FASHIONS / HANDBAGS!
    Jom temui kami di:
    http://www.facebook.com/MrsLadysStylo
    http://mrsladysstylo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. banyaknya gambo... peminat comic yaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..smgt je upload gamba bebayak :D
      ieka suke membaca...comic is one of them ;)

      Delete