Sunday, July 24, 2011

Puas vs Tak Puas.

Assalamualaikum & heyhey.

Puas & Tak Puas, apa yang boleh didefinisikan terhadap dua perkataan tu? Kiranya sama lah dengan berjaya & tak berjaya. Kalau berjaya, mesti rasa puas. Begitu juga sebaliknya. Tapi, perasaan puas dan tak puas ni macam dah jadi suatu fenomena yang tak cool dah.

Yep, still ada yang puas sebab berjaya grad walaupun terpaksa repeat sem dua kali & ada yang tak puas hati sebab dapat markah B+ walaupun kawan-kawan lain berderet dapat B je. Normal lah tu.

Tapi hari ni Ieka macam nak cerita tentang perasaan PUAS & TAK PUAS yang sangat loser.

Kita ambil contoh puas yang loser dulu...

  • Percaya tak kalau ada je manusia kat atas muka bumi ni rasa sangat puas bila dapat pecah belahkan hubungan orang lain. Motifnya, jealous. Lepastu bila dah kantoi terus bagi alasan kena fitnah tapi dalam hati tetap rasa puas akan perbuatan tersebut. Sangat loser tahu!

  • Rasa puasnya hati bila dapat lawan balik cakap parents bila depa marah. Puas bhai! Alolo 'sweet' betul perangai.. Siap dapat title Anak Derhaka dalam sekelip mata. Lepas tu nanti kena bakar hidup-hidup kat api neraka agak-agak kau puas tak?

  • Bila berhasil menjatuhkan saudara atau sahabat sendiri.. Puas! dan terasa diri adalah yang paling berkuasa. Padahal kiri kanan depan belakang semua membeci diri kau. Bila mereka yang ada disekeliling semua tak bersuara, mula lah bagitahu kat dunia bahawa mereka pengecut serta takutkan kau. Padahal bukan takut, cuma malas nak layan perangai busuk macam sampah.

  • Tengok kakak/abg ditimpa musibah sebab hari tu tak bagi pinjam duit (CONTOH) lalu musibah tersebut korang rasa memang patut sebagai balasan dari tuhan lalu hati rasa sangat puas..Perangai entah apa-apa. Padahal Tuhan sayangkan mereka lalu Tuhan pilih mereka untuk terima ujian.

Ingat ya, Allah beri kita ujian untuk lihat samaada kita dapat mempertahankan Iman terhadapNYA & agama kita atau tak. Jadi jangan nak bangga & PUAS sangat lah kan.


Ok, beralih ke contoh Tak Puas yang loser. Inilah...
  • Bila tengok rupa sendiri. terasa banyak betul kekurangan lantas terus meratapi kesedihan yang kononnya teramat sangat. Lepastu bila perasaan dah stabil sikit terus lah kentalkan semangat untuk bandingkan muka sendiri dengan muka artis cantik...

contoh : Bandingkan diri sendiri dengan FL.
...bila compare, tengok muka sendiri ketika buat face expression kelihatan menakutkan manakala contoh gambar di sebelah kelihatan sangat comel dah ohsem T_T lalu hati semakin tak puas dan sedih. Lepastu terus down semula. Alahai perangai. (btw, FL SANGAT COMEL BUKAN! hiksss)

  • Selain tu, rasa tak puas bila perasan yang boyfren tak cukup hensem, padahal encik boyfriend sangat-sangat baik, & INSYAALLAH cukup sempurna untuk dijadikan calon suami, cuma kurang hensem dr anak pak Aziz, iaitu Aaron.
Kau nak hensem muka ke hensem perangai ha?

  • Lepastu terpaksa berkawan dengan insan-insan tak hot dan famous. aiseymann! Tak puas hati betul, jatuhla standard camni...Padahal budak class sebelah yang slalu berselisih time lunch kat cafe pun tak kenal kau lepastu nak membajet diri hot apesal tah. Macam terdesak je. Pantang betul aku aih!


Adatlah manusia, memang tak pernah rasa puas...Tapi dalam situasi-situasi kat atas ni, agak tak wajar la kalau kita bertindak sedemikian. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, BERSYUKURLAH. InsyaAllah, ape jua yang kita buat akan diberkatiNYA. amin...

* Ini adalah entry random dah tak merujuk kepada mana-mana individu...


til' then, TAKE CARE all the Sayangs!

4 comments:

  1. hehhee..semuanya tak elok..
    have a good day ;).
    welcome to my bloglist ;)

    ReplyDelete
  2. anyway expression awak still comel hee =)

    ReplyDelete
  3. .-
    haaa..entah apa2 kan contoh2 tersebut. agaga :p
    hey thanks! u have a good day too ^^

    Mya-
    bhaha..Mya perli ni. Thnks. Tp ade rasa mcm nk tampo x? kekeke ;)

    ReplyDelete
  4. ssaya adalah saya..kelebihan dan kekurangan diri ini diterima dengan hati terbuka.ahaks.

    jemput komen entri saya oh saya da follow sini...

    ReplyDelete