Showing posts with label tingtong. Show all posts
Showing posts with label tingtong. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Bored

Assalamualaikum & hi.
Ieka yang comel & Pakwan yang bermuka boolat (agaga)

Ok jangan tanya kenape. Lepas balik dari vacation terus tingtong. Kadang-kadang tak dapat berfikir dengan bagus. Bangun pagi-pagi malas mandi lepastu pergi tengok kartun. Lepastu pergi cuci kasut. Lepastu on9. Housemate pergi kerja jadi tinggal lah aku sensorang kat rumah. Kawan ajak keluar tapi malas sebab tadi tengah tengok cerita kartun. Lepastu tak tahu kenapa boleh dapat idea nak karaoke kat youtube. 

....so kiss me ^^ (walaupun belum mandi. hikss)
Lirik berterabur..loser timing..Suara sengau manusia tak mandi
lepastu mcm membaca buku teks je bunyik...


Nak tahu? tadi Ieka bermimpi indah :') Disebabkan badan letih sangat, Ieka baring la kejap lepastu boleh tak perasan terlelap. Lepastu boleh bermimpi dapat set patung character Usavich! Gembira sampai nangis-nangis lepastu terjaga rupanya hanya mimpi. Entah apa-apa. Kecewa betul T_T



P/S : Korang dah beli kasut raye? huehueh

Wednesday, July 13, 2011

Bosan! boleh tuju lagu?

ehem ehem... "kuuu mulaaa jatuuuh hati kepadamuuuuu..." lalalaa...

Jangan tanya kenapa! Ieka sedang bosan. Dikala manusia lain sedang tidur (lebih tepat lagi kak Azie a.k.a roomate kat sebelah aku ni tengah tidur dengan bahagianya) Aku pulak bertungkus lumus mencari online blogshop yang dapat menjanjikan pada aku baju-baju cantik. Bila pencarian tak membuahkan hasil, maka ini lah yang terjadi. . . Terus membajet diri adalah si penyanyi Gadis Semasa Sunsilk. Tu je lah yang mampu. . alahai kau Ieka.

Melalak tengah-tengah malam lepastu dengar bunyi kucing mengiau kat belakang rumah tiba-tiba jadi seram lepastu terus focus beronline shopping semula.



"Maap le kalau Ieka ni banyak merepek. Ni pasal terlebih tengok the Annoying Orange dengan Usavich la ni ish!" - (tiba-tiba)



Weh weh sape kenal dengan Hazman Halid? Ramai gila follower page dia. Sapekah beliau? Kenapa Ieka  tak pernah kenal. Tiba-tiba terasa diri sangat loser. =.=!

Sunday, April 17, 2011

terperasan COMEL? derrr, sila lah bagi peluang untuk aku perasan sekejap :')

Assalamualaikum.

dak Rama-rama yang kasihan
macam kehilangan ibu kat dalam hutan pastu buat muka kesian sebab nak minta tolong. teehee

^____^
aku comel bukan ?
. . .eheheee...heee eheee heheee heee. . .
*sengih macam kambeng kachak bergaya*



THANKS to tuan belog lululalalengleng ^^
ai lebiyu lah kakak cumels!


uhuiii aku comel aku comel aku COMEL!! fufufufufufufuuu


* serius aku rase macam perlukan tamparan halilintar yang maha hebat untuk bagi sedar diri balik. -_-" ok lah. bye.

Friday, April 1, 2011

don't mess with my BRUNO!!!

Assalamualaikum!

ok mood? sedang MARAH & BENGANG tapi di tahap mesih boleh membajet comel macam sipot. ok merepek.

. . .macam ni. . .
boleh?

tadi letih balik dari submit assignment lepastu beberapa classmate ajak makan kat KFC (ada lah sorang tu tiba-tiba cakap nak belanja aku. teruja sekejap) . . ok aku pun melonjak kegembiraan lah disamping menangis-nangis secara tipu-tipu (annoying lagi)

lepas setel memanjakan perut dengan makanan free terus pulang ke rumah dengan melonjak kegembiraan sambil menyanyi lagu encik BF iaitu . . . . . . 

ahmad Bruno Mars


bahagia ^^

. . .tapi lepas solat Maghrib saja lah nk online fesbuk jap sambil layan lagu All She Knows (perangai keji sepatutnya malam-malam harus biasakan telinga dengan ayat-ayat suci ke nasyid ke. .) pastu tengok kat fesbuk adalah sorang mamat hensem (lah sangat) ni tag gambar. tengok gambar macam takde motif. . . -__-?? tapi bila diamati betul-betul terus perasan yang beliau telah cuba membuat fakta sendiri dengan mengatakan si BF ku ahmad Bruno telah copycat beliau. lol. 

ini gila! >,<"

ko kenape Farish? tau la ko lagi hensem tapi jangan la buat aku camni. sedih tahu? T_T Kan aku dah cakap ko macam Shahir AF, bukan Bruno (kahkahkah!) tapi takpe la aku tak tacing sangat sebab ko dah beria gila nak belanja aku makan kepsi petang tadi (oke dah kantoi ko yang belanja aku haha)


Ok sekian terima kasih.
*mata kelip-kelip*

Tuesday, March 29, 2011

Sunday, March 27, 2011

buah hati saya :)

Assalamualaikum!

sekarang jam kat lappy dah menunjukkan pukul 8.45pm (padahal waktu kat mesia sekarang ni 4.01am) dah banyak kali asyik reset time/date lappy ni. .nampak sangat beliau menyampah kat aku lalu berpura-pura sekarang jam 8.45pm. boleh??
.
.
. . .abaikan.
.
.
.
ermmmm baiklah. . . ini BOYFRIEND saya -__-"
AHMAD BRUNO! hikhik



 owh Bruno. . tadi saye sanggup pegi the Curve & meredah jammed kat Damansara semata-mata nak pegi beli topi macam kamu tahu?!


ok itu je nak bagitau hee ^_^" *malu*



gila bukan?

Thursday, March 10, 2011

Saya Budak Comot Yang Kasihan :(...

Assalamualaikum...

Morning people..yeah, typical Thursday comes again. . & cik luvika terlewat bangun lagi (teehee!). mum gaves me such a luvly wake up call and she was like "ohemjayy kakcik, masih tidur? solat tak tadi? dah sarapan belum? ade class tak hari ni? bla. . bla. . blaa. ."
Chill mum, anak mak yang chumelnya ni tidur lewat semalam :( ya, my bad sebab bangun lewat tapi kakcik still bangun solat subuh, masa mak call mata kakcik dah celik sebenarnye hee, hari ni kakcik takde class & kakcik dah breakfast (masa menaip entry ni la tapi. hihi) air susu suam dengan biskut oreo je.

ok done with it. CAN'T BELIEVE THAT I WAS WOKEN UP WITH THE FIRST THOUGHT IN MY HEAD WAS THE RMD ASSIGNMENT!!!
bangun-bangu je terus "homaigod RMD tak siap lagik" terus pergi cuci muka then preparing for breakfast then sambung dok mengadap lappy *what a life* -_-


hari ni bangun dari tidur rase lain macam lah. . rasa sayu je :( sebab rindu family kot. . or sebab bangun-bangun tengok sorang pun takde kat rumah. haosemate semua ada class sampai petang. . so harusla breakfast sorang-sorang. . nanti tengahari pun masak & makan sendiri. .

ok lah nak sambung buat assignment sambil dengar lagu Jar of Hearts lalu nangis-nangis. .wuhuuu
.
.
.
Maa. . . kakcik rindu :'(