Showing posts with label random post. Show all posts
Showing posts with label random post. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Double Random Story : Hari tu...

Assalamualaikum.

Today I don't feel like doing anything. tu du du tu du duuu...
Ok since class Advertising petang ni canceled, so what else yang Ieka boleh buat melainkan melayan keje sekolah yang kena submit esok? Lepastu kalau bosan terus berlegar-legar kat dalam rumah tanpa sebarang arah tuju lepastu on TV lepastu tutup balik lepastu pergi dapur buka fridge lepastu tutup balik sebab stok makanan dah takde sebab next week dah cuti sem so buat ape nak pergi shopping barang dapur kan? Housemate semua kat faculty masing-masing. Nasib badan.


Story #1
Tapi kan, nak cerita lah ni, hari tu kan Ieka ade curik, ambik kutip kucing kat jalan. (bhahaha tetibe cerita pasal kucing.) Sedih gila tengok kucing tu. Kecik lagi. Dah la kurus. Mesti mak die tak sayang die dah lepastu die berjalan tanpa arah tuju sebab sedih lalu tersesat dijalanan.. Kesian tahu. Badan dia pun ade luka-luka kecik. Bila bawak balik rumah dia terus lari masuk toilet. Dekat dua minggu dia dok tidur dalam tu je bukan nak main-main kat luar (..but of course la die keluar untuk makan. lapar tahu. but then lepas makan terus duduk dalam toilet semula) Mungkin trauma sebab rasa dirinya telah diculik oleh manusia jahat. Camtu la kot lebih kurang.


..Tapi sekarang, die dah pandai main kejar-kejar bola kertas. Die tak comel pun tapi ok la. haha. Badan pun dah makin bersih sebab luka-luka kat badan dia dah semakin baik so boleh la mandi. One more thing, sekarang dah demand dah dia ni, tidur nak dekat lengan orang, lepastu asyik nak naik atas katil je. Tapi kalau kena marah dia tak berani la naik atas katil jadi tidur kat lantai je lah. Demand tapi still comel tau dak Unyik ni. eh eh terkantoi pulak nama beliau. kahkah.
"Hai, namaku dak Unyik. Nama buruk takpe bro asalkan macho."
So, itu lah kucen jalanan yang dah hidup senang kat rumah Ieka. Ade makan pagi, makan petang/malam. Lepastu kena mandi dua kali seminggu. haha. By the way, ade sesape masih ingat si Apok tak? Kucing tak sedar diri tu. Ala yang bajet diva padahal beliau adalah kucing jantan. Si Apok yang gile tak hensem tu selalu kacau dak Unyik. Kadang-kadang sampai dak Unyik terberon tahu. Hampeh gila Apok.

_____________________________________________________________________

Story #2
Semalam, lepas class bahasa perancis Ieka pergi makan nasi ayam penyet kat foodcourt depan rumah. Saje la kan bagi reward kat perut sebab semalam ada French language test. Gigih Ieka dengan kawan Ieka si Wan Nadiah berjalan dari faculty ke foodcourt dikala hujan gerimis yang buat suasana sidewalk area depan hotel UiTM tu macam kat Central Park, London.. Jalan 10-15 minutes je pun diam tak diam dah sampai dari Central Park ke foodcourt section 2. hihi.
Kami makan ini!
Air chocolate ni sumpah paling sedap. RM3.50 je.
But then I saw this one little girl but I don't think she's Malaysian, carrying small basket with a couple packet of tissue. At first dia pergi kat dua orang lelaki yang tengah makan but then she just stand & staring at the guys with no voice. Senyap je wei. Ieka perhatikan je budak tu. Lelaki yang tengah makan tu terkejut. Budak perempuan tu pulak terus minta RM1. Ieka nampak lelaki tu bagi RM1 tapi dia tak ambil pun tisu tu sebab budak perempuan tu terus pergi & lelaki tu pun terus sambung makan.


Nak dijadikan cerita, lepas makan Ieka dengan Nadia ni borak-borak la kejap. Sambil masukkan duit dalam purse, tetibe budak kecil yang jual tisu tu datang. Tapi tak cakap pape. Muka nak marah je, takut kitorang. sobss.. Ieka tanya, "Tisu 20sen kan?, nak nak." Lepas tu budak tu cakap "RM1!" Tacing betul kena marah dengan budak-budak padahal ieka tak tau pun tisu tu RM1 sebab kat kedai jual 20sen je. 
But then kawan Ieka cakap "eh takkan la RM1, xpelah kalau camtu." Lepastu budak tu bengang & cakap "Jangan main-main dengan aku la babi!" sambil berlalu pergi dengan muka yang marah. (well sorry for that word)


Sedih ni.......... T_T
OK lah nak bersiap pergi tapau nasi ayam penyet jap lepastu sambung buat assignment balik. (sambil berdoa kepada tuhan supaya tak berjumpa dengan budak kecik si penjual tisu yang garang tu.) wuwuu...


til then, TAKE CARE & HAVE A NICE DAY!!!


Monday, October 24, 2011

Have you ever...? T_T

...Have you ever had an awkward moment when you’re about to take a short nap and then you realize you had homework?

"Yes I had once... twice... Errr..don't remember at all. I think all the time." - Ieka.

The fact is, I'm still SLEEPY. (like SERIOUSLY!!)
...OK fine, I'm off to French class now, no matter what.


Friday, October 7, 2011

Hijab duniawi.

...eceh! kemain tajuk entry. heh. oh ye, sila lah LIKE page makwe Michael Buble. ahaks!


Assalamualaikum.


Salam jumaat penuh keberkatan semua. Hari ni mood ika sebenarnya takde lah bagus sangat. Rasa macam nak demam. Online ni pun sebab nak tunggu pokok cili yang Ieka tanam kat game sims tu masak dan sedia dipetik. Heh


Ok straight to the point lah. Tadi Ieka sesaje lah search gambar gaya hijab kat kat google. Then keluarlah result gambar wanita-wanita cantik. Mereka sangat cantik, lagi-lagi bila meletakkan hijab di kepala. Aigoo, gwiyeopta!


Tapi kan, nowadays in Malaysia la, hijab/tudung ni macam sebahagian daripada seni mempercantikkan diri, tapi failed kalau digayakan dengan cara yang salah. Maksud Ieka sebagai wanita muslimah, personaliti Islam ni rasanya dah di terapkan since kita kecil lagi.. Bergaya tu biarlah berpada-pada...and not as depicted on the left of the picture's above.


hmmm...

Ieka pun pakaian bukan proper sangat. Kadang-kadang failed jugak. Tak perlu kata siksa kubur dan dosa masing-msing tanggung sendiri . Kita semua disini untuk saling mengingati kan. Please do not get me wrong. W'salam.

Have a Blessed Friday!

Tuesday, August 23, 2011

Sudah-sudah la tu...

Assalamualaikum.


Ahhaa... rasa macam tak perlu intro lebih-lebih la kan. Kalau korang baca ape yang kawan Ieka inbox ni mesti korang faham. Tak baik tau owner account tu, sampai hati dia ambil gambar curi-curi pastu letak dalam satu album. Tittle album which is 'CUN' tu memang dah sedap sangat dah didengar tapi bila tengok gambar-gambar dalam tu...hmm malas la nak cakap.

Itu bukan gambar Ieka, & kawan Ieka cuma terkeliru saja disitu even muka kami tak sama pun (she's a very gorgeous & way too beautiful  Fatin Suhana, everyone knows.) tapi sebagai orang yang mengenali tuan empunya badan (ehehe abesla kantoi selalu stalk blog Fatin hihi) agak bengang juga lah. Loser duh sape yang tergamak buat camtu, ambil gambar orang tanpa izin pastu letak dalam folder album yang gambar didalam nya entah apa-apa. Ieka follow blog Fatin & Ieka tau dia asyik kena ganggu dengan fakers & haters. Sudah-sudah la tu.... Belajarlah untuk menghormati privasi orang lain. Sekian.


Moga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam...

Monday, August 15, 2011

si Polka Polka dot yang comel ^_^

Assalamualaikum & heyhey.


Ini hanyalah entry pendek sebelum Ieka balik Shah Alam jap hari ni. Nak tanya, cantik tak kain polka dot kat atas ni? Abah yang belikan (THANKS ABAH!) sebab Ieka nak sangat kain polka dot. Nak buat baju kurung pergi class. Tak sabar nak hantar kat tailor. Baju ni kain dia bau gula-gula tau. Wangi je dah la comel. hihi.

Siapa suka polka dot? Ieka ada banyak baju polka dot. Sandle, gelang, buku, scarf, shawl, bantal, dll... hihi.


* Terasa macam entah apa-apa je buat entry ni. fuufuu ~,~ Ok lah, nak kemas baju. 
   Eh lupa nak cakap, next time Ieka nak buat cupcakes! jom la kite buat cupcakes sesame. teehee!

Tuesday, July 26, 2011

Dear Heart.

Hey morning! 
...Bangun pagi-pagi lepastu lepak kat balcony tengok laut lepastu rindu kat Pakwan (muehehe)
Lama betul beliau pegi offshore :'( ...Nak pujuk hati yang lara ni dengan pergi buat istana pasir kat Pantai Chenang lah. (yeah, dah nampak motif entry disitu. teehee) ^^

Nak share lagu favourite Ieka boleh?
Ieka minat sangat cik Eliza Doolittle ni.
So, enjoy!!


Have A Nice Day!

Sunday, July 24, 2011

Puas vs Tak Puas.

Assalamualaikum & heyhey.

Puas & Tak Puas, apa yang boleh didefinisikan terhadap dua perkataan tu? Kiranya sama lah dengan berjaya & tak berjaya. Kalau berjaya, mesti rasa puas. Begitu juga sebaliknya. Tapi, perasaan puas dan tak puas ni macam dah jadi suatu fenomena yang tak cool dah.

Yep, still ada yang puas sebab berjaya grad walaupun terpaksa repeat sem dua kali & ada yang tak puas hati sebab dapat markah B+ walaupun kawan-kawan lain berderet dapat B je. Normal lah tu.

Tapi hari ni Ieka macam nak cerita tentang perasaan PUAS & TAK PUAS yang sangat loser.

Kita ambil contoh puas yang loser dulu...

  • Percaya tak kalau ada je manusia kat atas muka bumi ni rasa sangat puas bila dapat pecah belahkan hubungan orang lain. Motifnya, jealous. Lepastu bila dah kantoi terus bagi alasan kena fitnah tapi dalam hati tetap rasa puas akan perbuatan tersebut. Sangat loser tahu!

  • Rasa puasnya hati bila dapat lawan balik cakap parents bila depa marah. Puas bhai! Alolo 'sweet' betul perangai.. Siap dapat title Anak Derhaka dalam sekelip mata. Lepas tu nanti kena bakar hidup-hidup kat api neraka agak-agak kau puas tak?

  • Bila berhasil menjatuhkan saudara atau sahabat sendiri.. Puas! dan terasa diri adalah yang paling berkuasa. Padahal kiri kanan depan belakang semua membeci diri kau. Bila mereka yang ada disekeliling semua tak bersuara, mula lah bagitahu kat dunia bahawa mereka pengecut serta takutkan kau. Padahal bukan takut, cuma malas nak layan perangai busuk macam sampah.

  • Tengok kakak/abg ditimpa musibah sebab hari tu tak bagi pinjam duit (CONTOH) lalu musibah tersebut korang rasa memang patut sebagai balasan dari tuhan lalu hati rasa sangat puas..Perangai entah apa-apa. Padahal Tuhan sayangkan mereka lalu Tuhan pilih mereka untuk terima ujian.

Ingat ya, Allah beri kita ujian untuk lihat samaada kita dapat mempertahankan Iman terhadapNYA & agama kita atau tak. Jadi jangan nak bangga & PUAS sangat lah kan.


Ok, beralih ke contoh Tak Puas yang loser. Inilah...
  • Bila tengok rupa sendiri. terasa banyak betul kekurangan lantas terus meratapi kesedihan yang kononnya teramat sangat. Lepastu bila perasaan dah stabil sikit terus lah kentalkan semangat untuk bandingkan muka sendiri dengan muka artis cantik...

contoh : Bandingkan diri sendiri dengan FL.
...bila compare, tengok muka sendiri ketika buat face expression kelihatan menakutkan manakala contoh gambar di sebelah kelihatan sangat comel dah ohsem T_T lalu hati semakin tak puas dan sedih. Lepastu terus down semula. Alahai perangai. (btw, FL SANGAT COMEL BUKAN! hiksss)

  • Selain tu, rasa tak puas bila perasan yang boyfren tak cukup hensem, padahal encik boyfriend sangat-sangat baik, & INSYAALLAH cukup sempurna untuk dijadikan calon suami, cuma kurang hensem dr anak pak Aziz, iaitu Aaron.
Kau nak hensem muka ke hensem perangai ha?

  • Lepastu terpaksa berkawan dengan insan-insan tak hot dan famous. aiseymann! Tak puas hati betul, jatuhla standard camni...Padahal budak class sebelah yang slalu berselisih time lunch kat cafe pun tak kenal kau lepastu nak membajet diri hot apesal tah. Macam terdesak je. Pantang betul aku aih!


Adatlah manusia, memang tak pernah rasa puas...Tapi dalam situasi-situasi kat atas ni, agak tak wajar la kalau kita bertindak sedemikian. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, BERSYUKURLAH. InsyaAllah, ape jua yang kita buat akan diberkatiNYA. amin...

* Ini adalah entry random dah tak merujuk kepada mana-mana individu...


til' then, TAKE CARE all the Sayangs!

Friday, July 22, 2011

Walaupun ianya entry random yang takde motif, sila lah singgah. haha entah apa-apa.

Assalamualaikum & Hi.

...ni entry random. Bosan pulak malam ni takde buat apa. Duduk kat balcony sorang-sorang, tengok laut. Eh eh, takde yang jeles ke pemandangan balcony Ieka kat sini menghadap laut. weweett!

Sambil tengok TV cerita Die Hard, sambil tu godek-godek la handphone. Lepastu jumpa satu vidiyo ni. Baru je record semalam. Entah kenapa Ieka sangat poyo nak cakap korea. Padahal bukan ada sape-sape pun masa record vidiyo tersebut. Bercakap bersendirian? alahai kau.

 ...sila lah klik play. tapi korang boleh buat pilihan untuk nak atau tak nak dengar.
bercakap bahasa korea lalu membajet paling cute adalah perkara terpaling loser entah apa-apa oleh aku setakat ni. kan? kan?

 haa.. malu -..-!
Suara Ieka garau tak ubah seperti jejaka macho. ehem.
________________________________________________

Hello Kitties!!!
Walaupun ianya kelihatan sedikit over, tapi ini adalah kebenaran. Ieka memang dilahirkan untuk buang duit terhadap barang-barang berjemana Hello Kitty. Ni baru suku je ni T_T

Kepada bakal suami, sila redha.











 Jangan takut. ianya sesuatu yang normal. Sama lah jugak kalau korang minat barang jenama NIKE lalu korang akan lakukan perkara yang sama. Betul?



Oke lah. nak pergi sambung tengok TV & memikirkan aktiviti esok hari :)

TAKE CARE SAYANG's!

Tuesday, July 19, 2011

Takkan nak cakap semua benda? Ianya tidak cool tahu?

Assalamualaikum.

Ok straight to the main point. Ce baca balik tajuk kat atas tu. Ok mesti dah faham kan? Tu lah tu, takkan nak bagitahu semua benda. Ha lagi satu hal, entry ni demi Tuhan Ieka tak tujukan pada sesiapa pun. It's random.

Ieka faham semua orang punya cara tersendiri. Bak kata sape ntah aku pun dah lupa, "Blog anda mencerminkan diri anda."

Ada orang yang suka cerita tentang kisah peribadi depa kat blog. Pasal boyfriend girlfriend scandle bagai... Ieka pun kadang-kadang layangkan jugak lah entry-entry contohnya dengan title "Diew yang sayew sayang sangat-sangat. Aww.." Tak pun "Oh Mahmud terima kasih atas cinta yang anda berikan kepada saya. Ai lev yu Mahmud." Lalu sekadar tersenyum melihat kebahagiaan orang lain. Tak kesah la kalau korang nak buat entry pasal kehidupan cinta korang sebab ada je yang akan baca kisah korang tu. Tapi, selarikan lah ape yang korang nak cerita tu dengan persepsi masyarakat.

Tapi, yang spoil the mood nya bila ada yang bercerita tentang kehebatan cinta mereka ni sampai lupa akan sensitiviti serta minda masyarakat tu. Faham? Sebagai contoh, ayat macam ni.

"Hello hello Tipah nak update belog lagi walau pun Tipah dah update 5 minit yang lepas tentang Tipah beli shawl baru warna-warni tu. Ok semalam kan, Tipah pergi Mike Velly. Tipah ada date dengan jejaka idaman Tipah a.k.a boyfriend Tipah la. Lama betul tak jumpa beliau. Masa dah sampai Mike Velly tu Tipah nampak beliau lalu Tipah terus peluk beliau sebab dah rindu sangat. Lepastu beliau kiss Tipah tau. Aww...sweet betul lah beliau..bla..bla...bla.."

...Those word will kill you man! Trust me. Lantak lah nak buat ape tapi takyah lah sampai nak mention kat blog or kat mana laman-laman sosial yang lain. Serius failed serta sangat tak cool tahu. Kami-kami ni pun rasa malu -_-"

Korang tolong lah jangan buat camni weh. Nanti kalau orang menyampah lalu bercakap bukan-bukan tentang anda dan pasangan anda kan dah tak best jadinya. Kata-kata tu kan satu doa. Minta dijauhkan lah dan harap hubungan korang kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Sama lah jugak kalau korang tulis kat blog camni,

"Peh peehh! Semalam aku dapat durian runtuh. Encik bos bagi aku bonus RM15 ribu. Aku malas nak simpan kat bank kerana dewasa ni, banyak kejadian-kejadian rompakan bank berlaku kat Shah Alam ni. Baik aku simpan je duit tersebut kat rumah. Nak simpan bawah tilam atau kat laci pinggan mangkuk eh? Owh, rasanya simpan bawah tikar lagi selamat kot. Korang ingat perompak tu pandai sangat ke? Mereka sangat buduh sehingga takkan tahu yang aku akan simpan duit RM15 ribu tersebut kat bawah tikar. hahahahahahaa!!!!" 

Walaupun macam takde kaitan dengan dialog pertama, tapi ianya serius FAILED!

Ieka sedar blog Ieka ni pun banyak cacat celanya. Kadang-kadang apa yang Ieka tulis kelihatan sangat merepek, ntah ape-ape serta annoying juga. Maaf lah. 

Apa pun, lepas ni diharapkan fikir-fikir lah dulu patut atau tidak ayat-ayat yang korang nak guna tu. Apakah ianya bakal buat blogwalkers & followers anda jadi sangat stress. Stress kenape? Malas lah nak cakap. haha.


* Sila jangan terasa, Ieka tak bercakap tentang siapa-siapa pun. TAKE CARE korang :)

Friday, July 15, 2011

Random bored.

Kasihan kan aku? macam jakun bukan main jugak la tengok total pageview dah 11000. ok bosan takde motif.
____________________________________________________________________

BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN
BOSAN



haha entry bosan!




* Sape free? meh Ieka bawak pergi Bukit Melawati kat Kuala Selangor, kite tengok munyet.

si Apok yang menyampah!

Assalamualaikum.

Bosan lah. tak boleh tidur lalu terus on lappy lepastu blogwalking secara rawak. Dalam masa yang sama perasaan menyampah terhadap si Apok semakin membuak-buak. Nak tau? Sekarang ni Apok sedang bermimpi indah kat sebelah Ieka ni. Dia tidur dari jam 9 tadi tak bangun-bangun sampai sekarang. Mula-mula tidur kat sofa. Bila abah matikan lampu ruang tamu dia terus masuk bilik Ieka lepastu buat muka dungu naik atas katil lalu tidur.


 tido atas sofa...

 sambung tido kat bilik! ...ianya langsung tidak kelakar!

...membajet kucen manja yang disayangi. pui!


Selalunya dia akan bangun pagi esok lepastu terus pergi 'membuang' kat bilik air. Beliau macam tak sedar diri yang dia tu kucing! Rasa macam nak buat fanpage haters kat fesbuk untuk si Apok yang tak hensem. Dah la hidung berparut. cet!

. . . Serius weh kucen ni sangat annoying padahal dulu dia hanyalah kucing jalanan tapi sekarang asyik nak membajet diva doplohpat jam!



* Ok lah nak pergi letak Apok yang tengah tidur mati ni kat luar senyap-senyap. kekeke. ^,<

Thursday, July 14, 2011

APOK yang angkuh dah la tak hensem.

helo helo. . . ini Apok :) Apok ni kucing jalanan tak bertuan yang mak Ieka jaga. Kesian masa mula-mula jaga si Apok ni dia kurus sangat. Lebih kurus dari Ieka yang kurus ni. Kiranya kurus gila lah kalau beliau lagi kurus dari aku kan. Kasihan.

Tadi sampai rumah terus Apok datang peluk kaki. Apok sekarang macam dah lupa daratan je. Tidur takmo kat lantai. Mesti nak kat atas sofa. Lepas tu kalau dia tengah tidur then ada orang bising habis dia marah-marah. Tadi ma dengan abah tengok tv. Lepas tu abah bangun kejap nak ambil barang, si Apok ni terus meluru pegi naik atas sofa tempat abah duduk lepastu terus tidur kejut taknak bangun-bangun. Bila tutup lampu boleh pulak dia bangun lalu masuk bilik naik atas katil lepastu tidur kepala letak kat bantal. ciss kau Apok! Dah la nama Apok, tak komersial langsung puiihh!


* Tengah pelik kenapa line internet kat rumah ni tiba-tiba laju semacam. weweett.

Monday, July 4, 2011

Me Bored.

Eh? Ieka tukar header lagi? . . .baru buat tadi sebab bosan. Kat ofis ni takde nak buat makan-makan ke? Datang office asyik mengadap skrin laptop sampai waktu lunch. Ianya sangat memenatkan & kadang-kadang kelihatan annoying. Ok sila abaikan cerita belas kasihan tersebut. Jom lihat header baru yang bertukar. . . .


. . . dari yang ini
.
.
.
.
.
.
kepada
.
.
.
.
.
.

yang ini.

Jadi, mana lebih ok, comel & yang penting simple. haha!



p/s : lagi 5 minit jam nak 6pm ...terasa macam lagi 5 tahun...(dilema orag kena migraine camni la) ok babai.

Saturday, July 2, 2011

First time in my life :)

Assalamualaiku.

Persoalan.
Adakah boleh dikatakan over jika meng-update belog sebanyak tiga kali dalam satu hari? (sila jawab dalam hati sambil menari tango. haha)


so, when was the first time you did something for the first time? soalan sangat complicated bukan? bukan apa, ni ha aku nak habaq mai kat hangpa suma. aku menang GA. haha ni first time la ni. 

. . .tadi emosi aku dah la tengah tak stabil. Shah Alam sangat panas kau tahu. Aku siap layan teh ais with a lot lot of ice cube kat bawak kipas but it doesn't work at all.

Bila fikiran dah buntu aku pun online. niat dihati nak tengok cerita kartun Sailormoon kat youtube. tapi aku pergi Sign in to this heyLuvika's blog & voila, Adybudika bagitahu aku menang "GA Ady ke London" kat entry yang INI. . Teruslah aku rasa diawang-awangan. tiada lagi hari yang panas bukan main. Yang aku rasa cuma tiupan angin sepoi-sepoi bahasa bersertakan kicauan burung. bahagia.

Ieka comel yang sedang happy sebab first time menang GA. haha



Bunch thanks Ady Budika! Safe journey then. Moga selamat pergi & pulang.

take care people!

Friday, June 3, 2011

cerita panjang lebar...

Assalamualaikum.

Kalau nak tahu la kan. . . . . .

Sejarah aku belajar kat UiTM ni mula-mula aku ambik course degree in Fine Art. tu pun macam tak ikhlas je masa aku mula-mula nak jejak kaki kat UiTM. serius -_-!

. . .sebab? 1st choice aku sebenarnya degree in Graphic Design. aku ni dulu macam jakun sikit kalau tengok kartun-kartun 3D kat tv lalu terus berangan-angan satu hari nanti aku akan buat kartun puteri nama dia aku nak bagi Epal Merah Jambu. picisan betul.

tapi tu lah angan-angan sorang budak sekolah tingkatan 3Adnin masa tu. tapi kat sekolah aku tak suka subject Melukis. aku suka subject Bahasa Inggeris. .masa SPM Bahasa Inggeris aku dpt A lepastu cikgu-cikgu pegi basuh aku suruh ambil TESL. aku interested tapi aku apply kat IPTS. bila dapat aku taknak pegi pulak sebab aku rasa aku nak apply Kejuruteraan Mekanikal kat politeknik. tu memang minat aku jugak selain grafik. rasa macam complicated betul hidup.

. . .bila result keluar, yes aku diterima. tapi kat Mukah, Sarawak. mak tengok aku & lepak chill je cakap "takyah! jauh sangat kakcik bukan reti jaga diri. lagi pun buat apa perempuan dok sibuk-sibuk nak main betul-betulkan enjin ni?" terus aku rasa dunia tak adil. . .

. . .seminggu aku merajuk dengan ma abah. hihi. .lepastu abah suruh masuk Form6 je. sekali lagi aku rasa dunia tak adil. (tak habis-habis aku ni) tapi aku layankan je. aku bagitau awal-awal kalau aku try tapi kalau aku tak suka pegi sekolah sila bagi aku masuk kolej or whatsoever. masa tu aku rase pakai baju sekolah lepas habis SPM ni dah tak cool dah. heheh =,="

tapi tu lah, jodoh aku dengan form 6 sangat kuat. ceh! aku berjaya jugak habiskan form6. nak dipendekkan cerita, lepas habis form 6 aku terus apply degree kat UiTM. 1st choice aku Graphic Design. yang 2nd baru la Fine Art. itu pun sebab cikgu paksa, siap bagi pujian melambung cakap aku punya work ade nilai estetika lah, ape lah padahal aku sedar semua itu dusta belaka. haha!  . . .tapi doa cikgu kan, berkat kot. beberapa bulan selepas aku attend temuduga kat faculty of Art & Design, aku terima surat tawaran. yes! yesss! aku dapat Grafik weh! kau adee? haha. . .setiap kali makan, tido semua surat tawaran UiTM sentiasa menemani. . .beberapa hari lepas tu, aku dapat lagi satu surat tawaran. Fine Art pulak (haa lepastu teruslah kau rasa dunia ni tak adil lagi kan kaka? kahkah)

serius terus aku malas nak pergi mendaftar. aku nak kerja je terus kat CIDB. masa tu rasa tak kisah kalau aku jadi penolong pegawai tadbir sampai ke tua. haha. .

Sekarang, aku dah nak masuk semester 5 ijazah Seni Reka Grafik :) struggle kot aku nak minta tukar dari Fine Art ke Graphic. Ketua Program Fine Art tak bagi aku tukar sebab beliau cakap dunia aku memang kat situ. lol. lepas balik class selalu berdoa kepada tuhan supaya encik KP benci kat aku jadi senang kerja aku nak blah dari department Fine Art. keji gila perangai. =,=

but now everything seems clearly ok since i had change to another departmnt, Graphic. my passion! teehee

bila difikirkan balik aku ni banyak songeh betul. kesian mak abah. tapi Alhamdulillah mereka izinkan jalan yang aku pilih sekarang. ala rindu mak abah dah T_T . . malaslah nak cerita lagi. ok bye :')

ape pun, tahun depan kite habis belajar :)



*macam tu aje lah cerita dia. kalau rasa masa korang terbuang secara pukal sebab baca entry ini sorry. hee :')

GoodLuck all the cumels!

Thursday, June 2, 2011

laparnya :( ini SERIUS!!!

Assalamualaikum. . .

sekarang waktu lunch & aku sudah lapar dari tadi sebenarnya. . .selalunya, sepantas kilat aku akan terus menggeledah satu persatu laci yang kebiasaannya memuatkan makanan-makanan emergency contohnya kuih-muih yang Faris beli setiap pagi. . .kalau takde aku akan beralih kemeja sebelah lagi satu dengan harapan kak Long akan bawak makanan sedap-sedap.(perangai keji kembali
Akan tetapi, hampa. duka. kecewa. sedih semualah. . .kerana pencarianku tak membuahkan hasil. yang aku dapat cuma satu amarah. . . . . . 

"woi Nodame! kau nak curik makanan lagi ye? -_-"

. . .lantas aku terus merangkak-rangkak semula menuju ke meja aku yang serba kekurangan & terus bajet cool.
.
.
.
.
kasihan
.
.
.


kat sini makanan mahal tahu? . .tau la tempat ni business center. huu. . selalu fikir 763987 kali kalau nak makan ikan bakar (I usually had nasi + ikan bakar + ulam-ulam for lunch). hari ni siap bagi peringatan kat kawan sebelah supaya tampo aku kalau aku ambik ikan bakar lagi waktu lunch! T_T


ok lah nak pergi turun makan ^____^


til then, take care all the cumels. bye.


Friday, May 27, 2011

KAHWIN MUDA? ehehehe ^_^

Assalamualaikum.

Ok ni dah malam ni sepatutnya aku kena mengadap lappy sebab ade design yang harus disiapkan. disebabkan aku balik dari office tadi pun dah jam 8 malam sebab nak siapkan edit promo web ads for WARUNG KITA (astro). terketaq-ketaq jugak la nak guna final cut pro tu almaklumlah aku bukan pro mana -_-". . tapi nasib kerja dah setel jadi malam ni aku kena tidur awal nanti migraine hee.

tadi pergi makan dengan kawan internship. tiba-tiba terkeluar la satu isu ni. "KAHWIN MUDA / AWAL" eceh! aku ni dah kenapa tah?

ala tapi bukan perbualan yang serius pun, cuma bertukar-tukar pendapat. . .tapi kan, bila fikir balik  tiba-tiba aku rase macam naluri keibuan (puiii) aku bagitau yang aku pun bakal kahwin awal. (LOL). . ni lagi satu hal dah kenape tah =,="

tapi kan. . .bagus kot kahwin awal. apesal? kau rasa bila dah 'kapel-kapel' ni pastu dok jalan keluar pi sana sini tu cool ke? langsung tak! mak aku pun siap perli-perli weh T_T
aku pun ada jugak keluar pi sana sini tapi kena ingat ada je mata-mata dok pandang pastu nanti kalau 'slack' sikit habeslah nama kau dicanang sana-sini macam kau artis paling popular jatuh terguling-guling ketika pergi tengok konsert Justin Bieber lepastu takde sape hiraukan then keluar kat paper keesokan hari. lepastu malu tutup muka sambil nangis-nangis. lame.


ye aku tau semua benda ade pro & contra kan? kalau cerita pasal nak kawin awal mensti ade je kang yang sibuk dok fikir "ha tu mesti beliau dah gatal sangat la tu" tak pun "eh dia tu mesti dah buat bukan-bukan lalu harus kawhin cepat-cepat.lol" . . .lagi ape lagi? minda orang kita tak boleh nak sangkal kan. 


Rasulullah telah bersabda ;
Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya[HR Al-Bukhari]

kalau lah aku ni dah cukup ilmu didada & semualah. . . rasenye habis belajar ni aku terus kahwin hihi. (nak propose encik pasangan boleh? hee) kahkah macam obvious sangat je aku gatal nak kahwin cepat. . .ok bergurau.

serius aku ni bukan jenis orang yang boleh hidup sendiri. yep, aku boleh hidup berdikari tapi kadang-kadang je. teehee. . . anak manja? eleh, gwa tak kesah der. . . sume orang pakat panggil aku anak manja T_T aku tacing la jugak kadang-kadang tapi nak buat macamane weh, dah memang aku macam ni. . .sedih je kat diri sendiri. paling aku rasa loser bila kalau ade orang jaga aku baru aku rasa selamat. . habis dengan diri sendiri pun kau tak rase selamat ke cik ika oi? ROFLMAO -_-!


. . . jadi, boleh tak saye kahwin awal? teehee! :)



 Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]
Ok lah lain kali sambung cerita. mengantuk. Selamat Malam all the cumels! bye (^_')v