Tuesday, July 19, 2011

Takkan nak cakap semua benda? Ianya tidak cool tahu?

Assalamualaikum.

Ok straight to the main point. Ce baca balik tajuk kat atas tu. Ok mesti dah faham kan? Tu lah tu, takkan nak bagitahu semua benda. Ha lagi satu hal, entry ni demi Tuhan Ieka tak tujukan pada sesiapa pun. It's random.

Ieka faham semua orang punya cara tersendiri. Bak kata sape ntah aku pun dah lupa, "Blog anda mencerminkan diri anda."

Ada orang yang suka cerita tentang kisah peribadi depa kat blog. Pasal boyfriend girlfriend scandle bagai... Ieka pun kadang-kadang layangkan jugak lah entry-entry contohnya dengan title "Diew yang sayew sayang sangat-sangat. Aww.." Tak pun "Oh Mahmud terima kasih atas cinta yang anda berikan kepada saya. Ai lev yu Mahmud." Lalu sekadar tersenyum melihat kebahagiaan orang lain. Tak kesah la kalau korang nak buat entry pasal kehidupan cinta korang sebab ada je yang akan baca kisah korang tu. Tapi, selarikan lah ape yang korang nak cerita tu dengan persepsi masyarakat.

Tapi, yang spoil the mood nya bila ada yang bercerita tentang kehebatan cinta mereka ni sampai lupa akan sensitiviti serta minda masyarakat tu. Faham? Sebagai contoh, ayat macam ni.

"Hello hello Tipah nak update belog lagi walau pun Tipah dah update 5 minit yang lepas tentang Tipah beli shawl baru warna-warni tu. Ok semalam kan, Tipah pergi Mike Velly. Tipah ada date dengan jejaka idaman Tipah a.k.a boyfriend Tipah la. Lama betul tak jumpa beliau. Masa dah sampai Mike Velly tu Tipah nampak beliau lalu Tipah terus peluk beliau sebab dah rindu sangat. Lepastu beliau kiss Tipah tau. Aww...sweet betul lah beliau..bla..bla...bla.."

...Those word will kill you man! Trust me. Lantak lah nak buat ape tapi takyah lah sampai nak mention kat blog or kat mana laman-laman sosial yang lain. Serius failed serta sangat tak cool tahu. Kami-kami ni pun rasa malu -_-"

Korang tolong lah jangan buat camni weh. Nanti kalau orang menyampah lalu bercakap bukan-bukan tentang anda dan pasangan anda kan dah tak best jadinya. Kata-kata tu kan satu doa. Minta dijauhkan lah dan harap hubungan korang kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Sama lah jugak kalau korang tulis kat blog camni,

"Peh peehh! Semalam aku dapat durian runtuh. Encik bos bagi aku bonus RM15 ribu. Aku malas nak simpan kat bank kerana dewasa ni, banyak kejadian-kejadian rompakan bank berlaku kat Shah Alam ni. Baik aku simpan je duit tersebut kat rumah. Nak simpan bawah tilam atau kat laci pinggan mangkuk eh? Owh, rasanya simpan bawah tikar lagi selamat kot. Korang ingat perompak tu pandai sangat ke? Mereka sangat buduh sehingga takkan tahu yang aku akan simpan duit RM15 ribu tersebut kat bawah tikar. hahahahahahaa!!!!" 

Walaupun macam takde kaitan dengan dialog pertama, tapi ianya serius FAILED!

Ieka sedar blog Ieka ni pun banyak cacat celanya. Kadang-kadang apa yang Ieka tulis kelihatan sangat merepek, ntah ape-ape serta annoying juga. Maaf lah. 

Apa pun, lepas ni diharapkan fikir-fikir lah dulu patut atau tidak ayat-ayat yang korang nak guna tu. Apakah ianya bakal buat blogwalkers & followers anda jadi sangat stress. Stress kenape? Malas lah nak cakap. haha.


* Sila jangan terasa, Ieka tak bercakap tentang siapa-siapa pun. TAKE CARE korang :)

4 comments:

  1. hahaha contoh yang ke 2 2 xlh layan...ntah la sapa yang buduhhh

    ReplyDelete
  2. well ahaha dulu ade jugak buat entry yang mcm entah ape2 last delete semua benda alah tu

    ReplyDelete
  3. Gadis kepastian- bhahaha....tak tawu lah..contoh yg stress untuk difikirkan.haha ;p

    FaiZaH Fyn- ala..heee..trust me everybody did :)

    Mya- haha thanks! :)

    ReplyDelete