Sunday, July 17, 2011

Anak Jawe yang noob.

Assalamualaikum.

Takyah nak intro sangat la kan. Meh Ieka terus cerita. . . Hari tu kan, Ieka pergi rumah makcik (belah mak) sebab ada kenduri. Al-kisahnya saudara-saudara belah mak Ieka ni semuanya orang jawa. Pure jawa ni sebab arwah atok punya darah Indonesia. (sapa tahu keturunan Raden? ok sape yang tak tau tu rasanya takyah tau lah)

Ya, Ieka adalah seorang anak jawa (bangga ni) Tapi anak jawa yang tak cool sebab tak reti cakap jawa tapi faham la jugak sikit-sikit & sangat menghargai keindahan bahasa jawa. auummmm. . .

Tak ramai yang tahu Ieka lebih terer  suka bercakap dalam bahasa Indo sebenarnya dari bahasa Jawa. Bukan tak sukakan bahasa Jawa, cuma adelah segelintir manusia-manusia yang seperti tak punya hati dan perasaan lalu menghamburkan gelak tawa yang sinis tatkala Ieka baru nak buka  mulut untuk cakap Jawa ni lah even untuk ayat yang sangat pendek like ''kabare..", "wes mangan?", "arek bla bla blaa..." Hmm sedih tahu?

Alasan diorang,
"Alah, tak best la dengar Ieka cakap jawe. macam takde feel langsung. Macam orang Melayu cakap Jawe. Baik cakap melayu aje." 

T_T. (Ya, terdapat unsur-unsur diskriminasi disitu) Sedih bhai. Ieka sangat menghargai keindahan bahasa nenek moyang Ieka. Akan tetapi Ieka dikeji hanya kerana  tidak tahu gimana caranya untuk bercakap dalam bahasa Jawa dengan dialect yang betul. . . .(duh! ayat aku nak tacing-tacing ni apehal? haha)


...anak jawee comel oke :')

Ok cerita part tu dah habis. Yang sebetulnya nak cerita pasal benda lain. Tapi still ada kaitan dengan bahasa Jawa ni. Mulanya macam ni. malam masa kenduri tu, lepas habis kenduri, Ieka, mak, sepupu dan beberapa orang makcik tengah mengemas kat dapur. Rasanya Ieka dengan sepupu (isteri sepupu aku sebenarnya. She's my friend in high school year back then.) yang bersungguh-sungguh mengemas. Mak dengan makcik-makcik pun berkemas tapi sambil bersembang-sembang huu


Lepastu kan, ada sekali tu, makcik Ieka nak lalu kat pintu ke ruang tamu lah. Masa tu ada budak kecik dok main kat situ. Ieka dengar makcik cakap. . .


"minggir...bla bla bla...arek liwat....bla bla bla...kok melayu.."

Tu dia, aku dah spot satu perkataan yang agak keterlaluan jugak la kalau nak dibuat gurauan kan. Terkejut serta pelik. Pastu aku jeling mak kat sebelah. Yes, mak dan makcik-makcik yang lain lepak chill je mengemas sambil berborak persis lima tahun tak berjumpa. Macam tak dengar apa-apa.

. . .dalam kereta on the way balik rumah, Ieka pun ceritakan perkara serius tersebut kat mak. Ya, kalau korang orang jawa mesti korang tau apa reaksi mak Ieka masa tu. Mak lepak chill je terangkan perkara sebenar siap boleh gelak sampai nak nangis disebabkan perkara tu. Mungkin sebab cara Ieka bercerita yang penuh bersemangat padahal failed sebab misunderstood. Mak siap nak report kat makcik sebab Ieka dah berprasangka buruk pada beliau. 

Ya ya ya, aku lah anak jawa yang noob. Kesian & Sekian. T_T


...selain itu, anak jawe juga ada yang kelihatan persis gadis korea oke. ni aku la ni. ehem ehemm

OK BYE!

Javanese - Malay Dictionary.
Liwat - lalu
Melayu - lari
...lagi ape lagi..??

18 comments:

  1. haha.kena pandai la cakap jawa tu..nanti blh kawen nga orang jawa..haha

    ReplyDelete
  2. uih..dari sekolah menengah lg ieka prektis cakap jawee...tapi fenomena digelakkan masih tetap aktif..wuwuu

    ReplyDelete
  3. wah akk olang jawa..
    saya balu tahu..
    akk bnyk cantik ma..
    saya malu ngolat ini akk..huhuhu

    ReplyDelete
  4. ye la yien..tp akak ni anak jawa yg failed..wuwuuu

    ReplyDelete
  5. skarang orang jawa speaking dah..xmen cakap jawa lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. haa..tu la..mak ieka pun klu dah marah abes keluar terus speaking dia. haha

    ReplyDelete
  7. wow..peminat snsd..ni pic jessica snsd

    ReplyDelete
  8. bhahaha..bagi la anak jawe ni bajet korea jap ^^

    *anon ni bukan nak bagi tau name. huu

    ReplyDelete
  9. my mom jawa!
    tapi saye x reti ckp jawa!
    :B

    ReplyDelete
  10. liwat =lewat (bhs indonesia) =lalu (bhs melayu)

    cth ayat: lewat sana bisa ngak pak??
    maksud : ikut(lalu) sana boleh tak pak??

    hehehe... nak belajar bahase alien tanya abg ND k...

    ReplyDelete
  11. Hizamirahim- ok ieka dah ade geng nampaknyee! hehe ^^

    Anon / maybe abg ND- kalau 'lewat' ya ieka tau maksudnya 'lalu' dlm bhasa indo. tapi ni ieka dgr 'liwat'-,-" betul x tipu.. wuhuu

    ReplyDelete
  12. iye.. percaye.. johor ni lagi ramai jawe... takpe, bahasa menunjukkan bangse..
    kalo minang lagila... buto=buta... mesti lagi terkezut...

    Abg nd..

    ReplyDelete
  13. gambr tu pp tembam lg..pic profile cam kurus jer... =p

    ReplyDelete
  14. Shishi-
    Ieka klu x senyum muka jadi kurus..kalau senyum walaupun sikit muka terus jadi tembam wuwuu T_T

    ReplyDelete
  15. peh Night Walker! pandai cakap jawa. Ieka pun boleh ckp sikit2..tp ianya berbunyi sedikit pelik la :(

    ReplyDelete
  16. sitik - sitik wai , smbl gawe muka isin..=p

    ieka, sama ar kita, bila ngomong jawa, bunyinya lain sket, sbb suara dh jd loghat melayu tegar..ha3...=.=

    ReplyDelete
  17. peh peehh Night Walker kacak ah ckp jawee! haa :p

    same here...terasa diri sangat kasihan bila sepupu2 yg otai ckp jawe..kecewa dgn diri sendiri..

    ReplyDelete