Assalamualaikum & heyhey!
Duh! it's Thuesday. Semalam tak masuk office sebab malas. Jadi normal lah hari ni kemalasan makin membuak-buak. Masih terbayang buah-buahan fresh dalam peti ais, tomyam dalam periuk. serta sandwich yang terhidang rapi bawah tudung saji malangnya aku terpaksa memaksakan diri untuk masuk office sebab hari ni ada date dengan makanan-makanan kat Restoran Keningau pulak. Rindu ikan bakar. heh.
Semalam kan, aku pergi IKEA. cari barang-barang untuk rumah masa depan kelak. Aku order bedroom furniture set with decoration, & tengok-tengok furniture and decoration for mini garden.
Bilik ni comel bukan?
"yang order-order bagai tadi tu aku tipu ja haih!" -Ieka yang cakap.
Actually pergi Ikea sebab nak makan Meetballs (je pun). Serius nafsu makan aku langsung tak ada ciri-ciri toleransi. Tak kira situasi. Pernah satu masa, aku betul-betul teringin makan sambal udang+petai. tapi aku nak masak sendiri. Jadi aku pergi la pasaraya Giant yang kat SACC Mall tu. Alangkah terkejutnya aku tatkala bertanyakan kepada pekerja " excuse me, petai dalam peket ade tak?" *ehemm* & jawapan yang aku dapat "takde lah. ni je yang ade." . . .sambil menunjuk ke arah sayur-sayur lain yang aku rasa nak tengok sebelah mata pun malas. Padahal masa tu aku dah beli udang-udang bhai. besar & fresh kau tahu. Masa tu kesedihan yang teramat melanda diri aku. Aku tak dapat terima kenyataan (sama lah macam kes aku tak nak terima kenyataan yang gen family aku ni kurus-kurus tu). Kesian si udang duduk dalam peti ais selama seminggu lebih.
...alahai sambai petai.
*mata bulat air liur meleleh dengan bersemangat!*
.
.
.
.
.
.
sedih
.
.
...& terus bersedih.
(e'eh style tutup mulut macam cik Epal lah. perasan cute jap) ^^
Sambung balik cerita Ikea...
Petang semalam pakWan bawa pergi Ikea sebab perut aku ni mengada-ngada sangat nak makan meetballs yang sangat sedap itu. Setiap kali aku gigit meetballs tersebut setiap kali itu juga lah aku akan menitiskan air mata tanda bersyukur. peh pehh aku tipu korang.
staring at this pic makes me starving again and again...
aigoo...apesal kau sangat sedap ha swedish meetballs!
ini Chicken Leg with Lemon & Chives sauce,
pakwan punya tapi ayam bagi kat aku separuh. muahahah!
Well sebelum ni kecoh kot pasal kes Meetballs Ikea tak halal sebab mengandungi sumber daging yang tak halal / daging babi. But then Jakim dah keluarkan statement yang syarikat pengeluar meetballs tersebut MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD memberolehi sijil halal sehingga tahun 2013. so, no worries INSYAALLAH.
til then, TAKE CARE PEOPLE!
* SIAPA BAIK HATI KAT SINI? SILA LAH BELIKAN DVD CERITA AMELIA KAT SPEEDY IKEA. DUIT IEKA CUKUP-CUKUP UNTUK BELI MAKANAN JE. wuwuuu T_T
ko memang jahat letak gambar sambal udang petai... aku terliur... woii!!
ReplyDeletemuehehe amman! :)
ReplyDeletemane nak dapat petai eh kat tengah-tengah shah alam ni?
renduuu nya nk mkn meat ball.
ReplyDeleterara moh le kite pegi IKEA makan meetball. hee
ReplyDeleteterbaikk
ReplyDeletehehee...sambal petai terbaikk!
ReplyDeleteSofea pun suka meatballs. tapi sambal petai lagi super duper sedap !! ieka buat sofea terliur lah :(
ReplyDeletebtw jemputlah joing contest Sofea. : ) http://engkusofea.blogspot.com/2011/06/contest-sulung-sofea-ada-orang-nak-join.html
ReplyDeletetu la kan engku sofea..tekak melayu camni la. hihi
ReplyDelete* ok i'll join the contest dear ;)