Sunday, March 13, 2011

Ada apa dengan mata. . . LELAKI?

Assalamualaikum.



Ada apa dengan mata?
"hey hey Lelaki. . ni heyLuvika nak bercerita ni. ."

Untuk jadi hebat, seorang lelaki perlulah menutup dan menundukkan pandangan. boleh? Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan seseorang lelaki itu, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, mereka mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

”Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik”

Allah berfirman;
Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.” – [67:12]

Kalau dahulu dia (wanita) tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlu ke korang sebagai lelaki menatap gamabr gambar ‘lama’ mereka lagi? Fear Allah brothers… malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi? boleh? hihi. .

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

(ha tengok tu. . cerita benda serius sket korang dah kerut dahi)
-__- kan?

ok sterusya kita beralih kepada segmen singkat "ADEKEPATUT?" *aku ni dah kenape tah?*

Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok? <- (LOL)

Babak 2
Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu…tak solehah langsung…! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau…

Babak 3
. . . dah malas nak tulis ok bye!

". . .x yah a nak siyes sangat derr. ."
have a great weekend! teehee ^_^

2 comments:

  1. betul la tu/ ingat mengingat antara satu sama lain adalah lebih baik. thanks

    ReplyDelete