Saturday, June 2, 2012

Fenomena TRANSIT ZUHRAH Pada 6 Jun 2012.

Assalamualaikum.

Hoi (dah Assalamualaiku Hoi pulak?) kau tahu tak 6 Jun 2012 nanti planet Zuhrah akan melintasi hadapan permukaan Matahari??? Kalau kat bumi Malaysia tercinta kita ni fenomena transit Zuhrah yang super cool ni akan bermula dari waktu matahari terbit sampai la jam 12.49.57pm (sumber ; National Planetarium)

Transit Zuhrah! Adakah kau tahu apa itu transit Zuhrah? 
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara Matahari dan Bumi dan ia akan dapat dilihat pada permukaan Matahari. Semasa transit, Planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil comel yang berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat menerusi penuras Matahari dan akan ianya dapat dilihat dari semua tempat di Malaysia. Rakyat Malaysia  berpeluang menyaksikan Transit Zuhrah ini dari Matahari terbit sehingga transit berakhir pada pukul 12:49:57 pm. 

Masya Allah, kenape kejadian ini sangat ohsem?! ALLAH Almighty knows best kan :) Well kali terakhir fenomena ni terjadi ialah pada 8 Jun 2004. Mase tu aku tingkatan 4. Tu pun nak cakap ke? dangg

"Transit Zuhrah 8 Jun 2004."

Transit Zuhrah kali ini bermula (sentuhan I) pada pukul 06:09:29 am, berada di fasa maksimum pada jam 09:29:28 am dan berakhir (sentuhan IV) pada jam 12:49:57 pm. Kau pilih je la nak tengok fasa ke berapa. Jangan kau bangun jam 1 petang lepastu konfiden je pegi duduk kat luar rumah sambil melihat sang matahari dengan besemangat. Takde dah oi.

Dah la, aku macam malas je nak tulis panjang-pangang hee.. Tengah buat thesis wei takyah nak sneak out sangat a kan. ok bye.

Info selanjutnya tentang Transit Zuhrah, klik SINI.


Besar Kuasa ALLAH kan :')

1 comment: